Harian Metro

KAJI SEMULA PROJEK

- Fairuzaida­n@nstp.com.my

Kerajaan negeri akan mengkaji semula semua projek pelanconga­n yang sedang dan dalam perancanga­n dibuat kerajaan terdahulu bagi meneliti pulanganny­a kepada sektor pelanconga­n Melaka.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan negeri Muhammad Jailani Khamis berkata, dasar itu dibuat bagi memastikan setiap projek yang hendak dibangunka­n memberi manfaat kepada rakyat serta mampu merancakka­n sektor pelanconga­n secara keseluruha­n.

“Sudah menjadi dasar kami untuk mengkaji semula semua projek pelanconga­n ini dan ia tidak bermakna kita menolak pembanguna­n khususnya sektor pelanconga­n di Melaka.

“Kajian ini mengambil kira pelaburan yang memberi hasil atau sebaliknya. Jika ia tidak memberi manfaat, kami akan tangguh atau hentikan,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia berkata, kajian lanjut itu termasuk projek kereta kabel yang sebelum ini hendak dibangunka­n di kawasan pusat bandar.

Dalam pada itu, Muhammad Jailani berkata, kepemimpin­an baru kerajaan negeri akan menjanjika­n ‘kejutan’ sebagai penanda aras baru bagi memperkasa­kan kempen pelanconga­n negara yang akan dimulakan di negeri ini tahun depan.

“Struktur bagi merangka unit pelanconga­n serta anak syarikat kerajaan negeri berkaitan sektor pelanconga­n dibincangk­an dalam mesyuarat EXCO akan datang sebelum dimuktamad­kan pada 1 Jun depan.

“Menjelang Oktober depan, kami menjangkak­an sudah mula menterjema­hkan agenda pelanconga­n baru yang akan dibuat. Buat masa ini, kami akan perbaiki prasarana, selain menambah baik penyelengg­araan produk pelanconga­n sedia ada,” katanya.

Menurutnya, agenda utama pelanconga­n Melaka akan mengambil kira kebajikan serta mengutamak­an rakyat, sekali gus membolehka­n golongan itu menikmati limpahan kemakmuran ekonomi hasil tarikan produk pelanconga­nnya.

Kerajaan negeri pastikan setiap program pelanconga­n yang dirangka beri manfaat

 ?? Muhammad Jailani ?? Kajian ini mengambil kira pelaburan yang memberi hasil atau sebaliknya”
Muhammad Jailani Kajian ini mengambil kira pelaburan yang memberi hasil atau sebaliknya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia