Harian Metro

PAYET MAKIN DERITA

-

 Deschamps tak senarai pemain Marseille dalam skuad

Piala Dunia Perancis

Bintang Marseille, Dimitri Payet tidak disenaraik­an dalam skuad Piala Dunia Perancis selepas pengumuman jurulatih Didier Deschamps semalam, sekali gus melengkapk­an tempoh 24 jam yang sukar buat pemain perancang itu.

Bekas pemain West Ham United itu terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan hamstring pada babak pertama final Liga Europa ketika Marseille tewas kepada Atletico Madrid kelmarin.

Keraguan mengenai tahap kecergasan­nya menyebabka­n Deschamps tidak menyenarai­kan pemain itu dalam skuad 23 pemain Perancis.

“Dimitri Payet adalah calon utama dalam skuad. Dia bermain pada babak pertama (berdepan Atletico), tapi dia mengalami kecederaan dan pemulihan untuk kecederaan itu perlukan masa tiga minggu,” kata Deschamps ketika mengumumka­n nama skuadnya di stesen televisyen TF1.

“Tapi disebabkan ia adalah kecederaan otot, ada risiko (untuk) berulang.”

Payet seorang daripada bintang Perancis pada Euro 2016, apabila mereka mara ke final selaku tuan rumah tetapi tewas kepada Portugal.

Namun ada juga penyerang yang tidak dipanggil oleh Deschamps walaupun pengendali Perancis itu menyenarai­kan rakan Payet di Marseille, Florian Thauvin bersama kapten Lyon, Nabil Fekir.

Selain itu, pertahanan kiri Manchester City, Benjamin Mendy turut dipanggil walaupun jarang bermain untuk skuad Pep Guardiola sejak kembali daripada kecederaan lutut yang serius.

Berdasarka­n senarai itu, Antoine Griezmann akan mengetuai serangan selepas menjaringk­an dua gol buat Atletico pada final Liga Europa.

Nama besar lain termasuk penjaga gol, Hugo Lloris; pemain tengah Manchester United,

 ??  ?? PAYET (kanan) akur dengan kekalahan di tangan Atletico pada final Liga Europa, kelmarin.
PAYET (kanan) akur dengan kekalahan di tangan Atletico pada final Liga Europa, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia