Harian Metro

POSITIF DADAH

- Zahratulha­yat Mat Arif dan S Ravale news@nstp.com.my

Suspek rakan sekerja bapa mangsa

Suspek yang dipercayai menyebabka­n kematian tiga beradik dan mencederak­an empat yang lain di Kampung Sungai Haji Muhammad, Rungkup di Bagan Datuk kelmarin didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, ujian saringan awal menunjukka­n suspek yang berusia 35 tahun itu positif dadah jenis methamphet­amine dan ganja.

“Hasil siasatan ke atas suspek mendapati dia berada dalam keadaan sedar ketika kejadian itu kerana dia tahu siapa (mangsa) yang hendak dicarinya.

“Ini kerana jarak rumah antara suspek dan mangsa hanya kira-kira 300 hingga 400 meter dan suspek adalah rakan sekerja dan kenalan kepada bapa mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini, semalam.

Ditanya sekiranya suspek dan bapa kepada adik-beradik itu mempunyai perselisih­an faham, Mohd Marzukhi berkata, beliau tidak dapat memastikan perkara itu kerana siasatan masih dilakukan.

“Kami juga masih lagi menyiasat motif pembunuhan kes ini,” katanya.

Mohd Marzukhi berkata, suspek berjaya ditahan polis jam 2.45 petang selepas kira-kira 45 minit kejadian berlaku di dua lokasi iaitu di kediaman mangsa dan Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad.

Katanya, seorang anggota polis turut cedera ringan akibat terkena parang yang digunakan suspek ketika mahu melakukan tangkapan.

“Apabila sampai di sekolah, kelihatan lelaki itu bersama parang di dalam kawasan sekolah.

“Polis bertindak mengepungn­ya dan melakukan tangkapan tetapi berlaku pergelutan dan seorang anggota polis cedera,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan, semalam.
SUSPEK direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia