Harian Metro

Azmin Ali lepaskan jawatan Menteri Besar Selangor?

MB Selangor akan menghadap Sultan Selangor masa terdekat

- Manirajan Ramasamy, Mohd Husni Mohd Noor, Suhaila Shahrul Annuar dan Veena Babulal cnews@nstp.com.my

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dalam tempoh terdekat bagi membincang­kan tugas barunya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kabinet Persekutua­n.

Menurutnya, selepas pertemuan itu, beliau akan memaklumka­n secara rasmi mengenai kedudukann­ya sama ada kekal sebagai Menteri Besar Selangor atau sebaliknya.

“Buat masa ini, saya masih Menteri Besar Selangor. Sekiranya keputusan dibuat untuk saya bantu dalam Kerajaan Persekutua­n, saya akan lepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya sangat menghargai amanah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk minta saya mainkan peranan di peringkat Persekutua­n. Beliau (Dr Mahathir) maklumkan perkara ini beberapa minggu lalu, tapi beliau belum membuat keputusan portfolio apa yang akan diberikan kepada saya,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, semalam.

Mohamed Azmin mengadakan pertemuan lebih sejam bersama Dr Mahathir bagi mendapatka­n penjelasan lanjut mengenai peranan barunya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Katanya, beliau akan memaklumka­n perkembang­an baru itu kepada Sultan Selangor terlebih dulu kerana ia membabitka­n jawatan Menteri Besar dan proses itu perlu berjalan dengan baik, teratur dan tertib kerana mandat yang diberikan rakyat Selangor terlalu besar.

Justeru, Mohamed Azmin berkata, beliau akan memastikan kestabilan dan kekuatan yang ada pada kerajaan negeri Selangor selama ini dikekalkan.

Ditanya mengenai peranan yang akan dimainkann­ya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin berkata, beliau sudah diberi penjelasan oleh Dr Mahathir, malah Perdana Menteri juga mahu beliau kembali semula untuk membentang­kan beberapa cadangan tambahan bagi memperkuku­hkan kementeria­n itu.

“Ini adalah kementeria­n baru. Saya pasti ia satu cabaran hebat dan kita perlu bekerja keras untuk minggu-minggu akan datang selain tampil dengan polisi dan strategi baru,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri juga secara peribadi mengiktira­f kejayaan ekonomi yang dibawa di Selangor dan mahu ia dijadikan asas untuk membangunk­an negeri-negeri lain.

Ditanya mengenai kajian semula beberapa projek mega yang mungkin dipertangg­ungjawabka­n di bawah portfolion­ya, Mohamed Azmin berkata, sebaik memasuki pejabat (kementeria­n) minggu depan, beliau akan mengkaji semula semua projek mega berkenaan termasuk projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang diluluskan di bawah pemerintah­an bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Semua projek infrastruk­tur mega akan dikaji semula dan amalan kami adalah melaksanak­an projek yang memberi manfaat kepada rakyat seperti perkhidmat­an elektrik, bekalan air bersih dan perumahan awam.

“Kita ada pengalaman mengendali­kan perumahan awam di Selangor dan akan membawa amalan itu ke peringkat Persekutua­n.

“Saya juga berbincang dengan Perdana Menteri mengenai keperluan untuk mengadakan perbincang­an semula dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementeria­n Kewangan supaya kelulusan pinjaman perumahan oleh pemohon dipermudah­kan,” katanya.

Menurutnya, beliau difahamkan kadar tidak lulus pinjaman perumahan meningkat hingga 60 peratus.

Katanya, kerajaan boleh membina lebih banyak perumahan awam namun sejauh mana kelulusan pinjaman perumahan diberikan kepada setiap permohonan.

“Kami juga akan berunding semula dengan pihak berkaitan mengenai terma undang-undang dan kontrak berkaitan projek mega yang diluluskan kerajaan sebelum ini,” katanya.

Buat masa ini, saya masih Menteri Besar Selangor

Mohamed Azmin Ali

 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? MOHAMED Azmin ditemu bual selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di luar pekarangan Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH MOHAMED Azmin ditemu bual selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di luar pekarangan Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia