Harian Metro

DUA PENJENAYAH DITEMBAK DINIHARI

Seorang lagi perompak kedai emas maut berbalas tembak dengan polis

- Mohd Hasbi Sidek dan Amrullah Abdul Karim cnews@nstp.com.my

Hanya kira-kira lapan jam melarikan diri selepas merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah dekat Damansara Jaya, Petaling Jaya, kelmarin, seorang lelaki akhirnya ditembak mati di Jalan Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, dekat sini, awal pagi semalam.

Terdahulu, tiga rakannya ditembak polis menyebabka­n dua maut dan seorang cedera dalam kejadian jam 5 petang itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dalam kejadian jam 1 pagi, suspek dikejar polis di kawasan Bukit Beruntung sebelum masuk ke jalan berkenaan berdekatan gudang dan berlaku tembak-menembak.

Katanya, suspek lelaki berusia 22 tahun berasal dari Bukit Beruntung maut dalam kejadian itu.

“Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengejar kereta Honda Civic dipandu suspek sebelum kenderaan itu terbabas dan terlanggar pokok.

“Suspek keluar dari kenderaan lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota. Pasukan kami membalas beberapa das tembakan ke arah suspek sebelum lelaki itu ditumpaska­n,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n awal ke atas mayat menemui pistol Revolver berisi tiga peluru dan dua kelongsong serta beberapa barang kemas yang masih mempunyai label kedai emas terbabit.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitka­n ugutan jenayah, mendatangk­an kecederaan selain samun.

“Lelaki ini adalah saki-baki penjenayah yang terbabit dalam kes samun kedai emas pusat beli-belah dekat Damansara jam 5 petang hari sebelumnya (kelmarin),” katanya.

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan dua penjenayah maut manakala seorang lagi cedera ditembak anggota polis selepas suspek merompak kedai emas di Atria Shoping Galery Damansara Jaya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, tiga lagi penjenayah warga tempatan diberkas sepasukan anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor.

Mayat suspek ditemui bersama pistol Revolver dan beberapa barang kemas

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI TEMBAK I: DAMANSARA JAYA
LOKASI TEMBAK I: DAMANSARA JAYA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia