Harian Metro

8 LAGI DIBONGKAR

-

> Selepas dua hari menggerudi dan beberapa tukang kunci dipanggil, peti besi berusia 20 tahun di rumah Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta berjaya dibuka tetapi menurut peguamnya Datuk Harpal Singh Grewal kandungann­ya hanya sijil nikah dan sejumlah kecil mata wang asing lama. Semalam, sepasukan polis dilihat keluar dari Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri dan sumber polis memaklumka­n tumpuan adalah kepada lapan peti besi yang ada di kompleks berkenaan.

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mohon diletakkan di bawah program perlindung­an saksi berhubung siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) kerana mendakwa beliau dan keluargany­a menerima pelbagai ugutan dan ancaman.

Najib sudah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, berhubung perkara itu pada jam 5 petang kelmarin.

Bercakap dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Malay Mail petang semalam, Najib mendakwa wujud ugutan terhadap dirinya dan keluarga menyebabka­n beliau membuat permohonan rasmi untuk diletakkan di bawah program perlindung­an saksi.

Menurut bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam laporan polisnya, sumber ugutan itu bukan saja datang dari dalam malah dari luar negara.

Difahamkan, ugutan juga datang daripada individu yang ada kaitan dan tidak ada kaitan secara langsung dengan dana 1MDB di luar negara.

Dalam pada itu, menerusi laporan polis itu juga, Najib mendakwa pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kali pertama muncul di kediamanny­a pada malam 10 Mei iaitu sehari selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau menyatakan pihak JSJK berada di kediamanny­a selama 18 jam dan merampas pelbagai barangan miliknya serta anaknya yang tidak ada kaitan dengan 1MDB.

Menerusi laporan itu juga, Najib mendakwa polis turut menyerbu tiga premis kediaman di Pavilion Tower, di sini, dan merampas barang kemas, wang tunai serta barangan peribadi lain didakwa adalah hadiah pemberian rakan-rakannya.

Beliau turut mendakwa wang tunai dirampas dalam serbuan itu juga adalah wang sumbangan yang diterima untuk kegunaan kempen pilihan raya BN.

Katanya, selain itu polis juga gagal menunjukka­n senarai barangan yang dirampas dalam semua serbuan berkenaan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mendakwa, dia hanya berperanan sebagai penasihat dalam 1MDB dan tidak terbabit dalam sebarang proses membuat keputusan.

Dalam laporan polis itu beliau juga mendakwa yang wang berjumlah RM2.6 bilion diterimany­a adalah derma diterima daripada keluarga Diraja Saudi.

Sejak Rabu lalu, polis menjalanka­n serbuan serentak di enam lokasi termasuk di bekas pejabat Najib di Pejabat Perdana Menteri serta kediaman rasmi bekas Perdana Menteri di Seri Perdana.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia