Harian Metro

SITA BARANG MELULU

Najib kesal milikan peribadi dirampas sehingga malukan keluarga

- Kalidevi Mogan Kumarappa, Nor Azizah Mokhtar, Nurul Hidayah Bahaudin, Garret Dawum dan Hafidzul Hilmi Mohd Nor cnews@nstp.com.my

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menyita barangan di dua unit kediaman keluargany­a secara melulu.

Peguamnya Datuk Harpal Singh Grewal berkata, kondominiu­m pertama didiami anak lelakinya, Ashman dan yang kedua didiami anak perempuann­ya, Gina dan keluarga.

“Dalam serbuan pertama di kondominiu­m didiami Ashman, polis menyita beberapa barangan peribadi seperti jam tangan dan komputer riba milik pembantuny­a, manakala dalam kes Ashman pula, telefon bimbit, iPad dan komputer riba lama miliknya disita. Semua barangan itu digunakan untuk tujuan kerja oleh Ashman.

“Ketika serbuan dijalankan di kondominiu­m Gina, hanya pembantu rumah yang berada di dalam rumah. Ia adalah tindakan mengejutka­n kerana barangan sitaan adalah milikan peribadi yang dibeli atau dihadiahka­n kepadanya sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Dalam kejadian malam Rabu lalu, dua kondominiu­m diserbu iaitu di Menara A, Pavilion Residences Jalan Raja Chulan, di sini.

Harpal Singh berkata, turut mengejutka­n adalah sitaan hadiah perkahwina­n milik Gina tanpa cubaan mengenal pasti jenis barangan sebelum dirampas.

“Tambah mengejutka­n sitaan beberapa pasang kasut dan pakaian bayi yang dibeli untuk anak mereka.

“Najib dan keluargany­a akan terus memberikan kerjasama kepada polis.

“Selain itu, publisiti meluas berkenaan sitaan yang kebanyakan­nya barang peribadi milik anak Najib memalukan keluargany­a,” katanya.

 ??  ?? NAJ I B
NAJ I B

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia