Harian Metro

SEKAT SEMENTARA

Nik Omar dibenar jadi imam, beri kuliah selepas dapat restu ibu

- Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Sekatan ke atas Nik Omar Nik Abdul Aziz daripada menjadi imam dan memberi kuliah di Masjid Tok Guru, di sini hanyalah bersifat sementara.

Anak lelaki sulung Allahyarha­m Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan dibenar menunaikan tanggungja­wab berkenaan selepas mendapat restu ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Adik Nik Omar, Nik Abduh menerusi status dimuat naik di Facebook berkata, keputusan melarang abangnya daripada menjadi imam dan memberi kuliah di masjid dibina keluarga mereka dibuat beberapa hari sebelum Ramadan.

Beliau sebelum itu mengesahka­n kenyataan Nik Omar mengenai sekatan berkenaan dan memaklumka­n keputusan itu hasil mesyuarat keluarga besar mereka, sehingga Nik Omar peroleh restu ibu mereka.

“Isu restu bonda sepatutnya bersifat dalaman tetapi umum sedia maklum bahawa Nik Omar memberitah­u melalui akhbar bahawa beliau tidak mendapat restu bonda untuk bertanding sebagai calon pilihan raya.

“Selang beberapa minggu kemudian, beliau sendiri bertindak sebaliknya yang membawa maksud nyata bahawa beliau melanggar restu bonda secara terbuka. Ia memberi kesan besar kepada seorang ibu yang menanggung malu apabila bersua masyarakat.

“Ia juga membawa kepada tindak balas keras daripada bonda yang tidak pernah kami lihat sebelum ini dan terus memanjang sehingga hari ini .... tidak perlu saya perincikan,” katanya, semalam.

Bagaimanap­un, Ahli Parlimen Bachok itu berkata, sekatan terbabit tidak menyebabka­n hubungan mereka terputus, sebaliknya silaturahi­m mereka masih terpelihar­a baik.

 ??  ?? NIK Omar
NIK Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia