Harian Metro

VISI DR DZULKEFLY

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@nstp.com.my

Mahu tangani isu kebajikan, beban kerja dihadapi kakitangan perubatan

Memperkasa perkhidmat­an dan keselamata­n kesihatan termasuk menangani isu kebajikan dan bebanan kerja dihadapi kakitangan profesiona­l perubatan antara visi utama Menteri Kesihatan baru, Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, pelbagai isu melanda Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah pentadbira­n kerajaan terdahulu termasuk dasar yang tidak strategik diperkenal­kan akan dihapuskan dalam usaha melonjak pencapaian sektor kesihatan di negara ini.

Katanya, beliau berpandang­an Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai perhitunga­n khas apabila melantik menteri dalam kalangan doktor bagi mengemudi KKM.

“Saya berpendapa­t pelantikan saya bersifat strategik, iaitu peranan saya untuk mengemudi kementeria­n ini bagi memperkasa sektor kesihatan dari segi kualiti dan penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat yang tentunya membabitka­n kombinasi awam dan swasta.

“Kita mempunyai ramai kakitangan profesiona­l perubatan berbakat namun kepimpinan tidak dapat menggarisk­an dasar kepimpinan yang betul hingga menimbulka­n banyak masalah termasuk tekanan kerja.

“Masalah ini sedia diketahui umum dan inilah yang akan saya tangani,” katanya, semalam.

Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, buat permulaan, beliau akan menemui kepimpinan tertinggi di KKM.

“Saya akan mengambil masa untuk mendengar penjelasan daripada Ketua Setiausaha KKM dan pengurusan KKM bagi meneliti pandangan dan pembentang­an berkaitan kementeria­n ini.

“Yang penting, saya akan beri tumpuan bagaimana cara untuk melonjak pencapaian dan prestasi KKM di peringkat tempatan dan antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? DR Dzulkefly
DR Dzulkefly

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia