Harian Metro

GELEDAH SERI PERDANA

Lapan peti besi milik Najib di kediaman rasmi perdana menteri jadi tumpuan polis

- Mohd Husni Mohd Noor, Kalidevi Mogan Kumarappa, Nor Azizah Mokhtar, Nurul Hidayah Bahaudin, Garret Dawum dan Hafidzul Hilmi Mohd Nor cnews@nstp.com.my

Selepas hampir dua hari berusaha membuka sebuah peti besi lama di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, polis hanya menemui sijil nikah bekas perdana menteri itu dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, peti besi berkenaan yang sudah lebih 20 tahun tidak dibuka kerana kuncinya hilang turut mengandung­i sejumlah wang lama termasuk mata wang asing.

Peguamnya Datuk Harpal Singh Grewal memaklumka­n, tiada barangan berharga lain terdapat dalam peti besi berkenaan selain wang lama dan sijil nikah.

“Saya diberitahu hanya ada sejumlah ringgit lama dan mata wang asing lama dalam peti besi berkenaan, selain sijil nikah.

“Tiada barangan berharga. Bagaimanap­un saya tidak pasti berapa jumlahnya, tetapi tidak banyak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sejak dua hari lalu, polis terpaksa menggerudi dan meminta bantuan beberapa tukang kunci untuk membuka peti besi yang berada di tingkat satu kediaman keluarga Najib sejak jam 8.30 pagi, Khamis lalu.

Peti besi berkenaan akhirnya berjaya dibuka kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Penggeleda­han di kediaman peribadi bekas perdana menteri itu dan lima lagi lokasi lain adalah sebahagian daripada siasatan berhubung kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (IMDB) oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang dimulakan Rabu lalu.

Dalam pada itu, tujuh kenderaan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) keluar dari Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, jam 4.20 petang semalam.

Difahamkan, kehadiran anggota polis itu bagi menyiasat lapan peti besi milik Najib yang berada di kediaman rasmi perdana menteri.

Pasukan JSJK membabitka­n 10 pegawai dan anggota memasuki kompleks berkenaan secara berperingk­at jam 12.21 tengah hari hingga jam 1.10 tengah hari semalam.

Terdahulu, spekulasi menyatakan tukang kunci akan dibawa ke kediaman berkenaan menarik perhatian ramai sehingga mendorong pengamal media berkampung di luar bangunan itu sejak jam 11 pagi.

Sehingga kini, masih belum ada pengesahan daripada Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berhubung perkara itu.

Beliau sebelum ini memaklumka­n, satu sidang media akan diadakan selepas semua proses penggeleda­han selesai.

 ??  ?? SEKUMPULAN pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h dilihat keluar dari kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, semalam.
SEKUMPULAN pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h dilihat keluar dari kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, semalam.
 ?? Harpal ?? Saya diberitahu hanya ada sejumlah ringgit lama dan mata wang asing lama dalam peti besi berkenaan, selain sijil nikah”
Harpal Saya diberitahu hanya ada sejumlah ringgit lama dan mata wang asing lama dalam peti besi berkenaan, selain sijil nikah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia