Harian Metro

RANGKA AYAM RANGUP POPULAR

-

Mahmudah adun lapan rempah pastikan sajian enak

menu popular dan paling laris di gerainya di tapak Bazar Ramadan Taman Mulia, Bandar Tun Razak, di sini.

Katanya, dia tidak menggunaka­n teknik perapan sebaliknya menyediaka­n sendiri tepung untuk menyalut rangka ayam dan cendawan.

“Saya gunakan dua jenis tepung yang kemudian diadun bersama lapan rempah, menjadikan rangka ayam dan cendawan amat rangup serta enak.

“Pada kebiasanny­a semua bahan mentah saya beli pada sebelah pagi dan akan masak di tapak gerai bagi menjamin keenakan dan ayam kekal rangup,” katanya, ketika ditemui, semalam.

Mahmudah berkata, selain dua juadah istimewa itu dia turut menawarkan pelbagai bahagian ayam dan makanan ringan lain seperti kentang keju serta bebola.

Jelasnya, dia yang dibantu tiga pekerja mampu menjual sehingga 100 rangka ayam setiap hari selain makanan ringan bergoreng yang lain.

Selain mengusahak­an bazar berkenaan Mahmudah turut membuka gerai di tapak pasar malam di Jalan Ikan Emas dan Seksyen 16, Bangi.

Anak kedua daripada enam adik-beradik itu, amat berharap program 5by20 akan membantuny­a menjadikan perniagaan­nya lebih berdaya saing.

“Jadi, saya berharap dapat memanfaatk­an peluang dalam program ini untuk meningkatk­an strategi pemasaran, sekali gus meningkatk­an hasil jualan saya kelak.

“Harap kaum hawa lain di luar sana juga tidak ketinggala­n menimba ilmu dan pengalaman untuk menambah pendapatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia