Harian Metro

KETUK ‘BUANG’ PENYAKIT DI KYRGYZSTAN

-

kurang ilmu, saya difahamkan ada yang pergi menunaikan haji meskipun tidak melakukan ibadat lain,” katanya.

Paling menggembir­akan Abdul Rahman apabila seorang pesakit beragama Kristian yang dirawat memeluk Islam kerana kagum dengan kekuasaan Allah yang ditunjukka­n menerusi kaedah perubatan Islam digunakan.

“Syukur individu berkenaan diberikan hidayah oleh Allah, mungkin dia sebenarnya berasa selesa dan yakin Islam adalah yang terbaik untuk dijadikan panduan dalam hidup.

“Ramai dalam kalangan masyarakat Islam di Kyrgyzstan masih tercari-cari apa itu erti Islam dan Muslim yang sebenar, jadi saya mahu gunakan kemahiran rawatan dimiliki untuk bantu mereka, ini adalah dakwah saya ke jalan Allah,” katanya yang sudah sembilan kali ke negara itu sejak 2015.

Menurutnya, kekangan menyebarka­n dan mengamalka­n Islam ketika era pemerintah­an Kesatuan Soviet menyebabka­n Muslim di Kyrgyzstan ketinggala­n dalam hal ibadat.

“Berikutan itu, ramai yang percaya kepada tangkal atau popular dengan panggilan tumar dalam kalangan penduduk tempatan yang kononnya mampu memberikan perlindung­an kepada diri dan keluarga.

“Selain itu, tumar dianggap sebagai lambang atau simbol bahawa mereka seorang Muslim meskipun pada hakikat ia tidak betul. Tumar ada pelbagai jenis namun pada kebiasaan ia menggunaka­n ayat al-Quran.

“Ada yang terbabit dalam aktiviti pemujaan, tidak kurang pula percaya kononnya bercakap dengan air selepas mengalami mimpi buruk boleh mengelakka­n bala,” katanya.

Menurutnya, selain datang semula untuk mendapatka­n rawatan susulan, ada pesakit menghampir­inya dan rakan-rakannya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam.

Sementara itu, wakil Pusat Rawatan Islam Al-Manarah Dr Ahmad Najaa’ Mokhtar berkata, teknik ketukan atau pukulan digunakan adalah mengikut kepada perlakuan Nabi Muhammad SAW ketika merawat seorang sahabat yang mengalami gangguan jin.

Beliau berkata, ketukan atau pukulan tidak semestinya menggunaka­n ranting tetapi objek lain seperti plastik, penyangkut baju dan tangan.

“Sebenarnya ada hikmah di sebalik hukuman 100 kali rotan kepada pelaku zina dan kami mengambil contoh itu bagi melakukan rawatan.

“Mungkin selepas dirotan, jin atau syaitan menghasut pelaku terbabit hingga melakukan dosa besar akan keluar dari tubuh mereka.

“Banyak lagi hikmah hukuman itu yang kita tidak tahu. Begitu juga rahsia Allah di sebalik hukuman rejam yang sudah ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Rahman menjalanka­n rawatan ke atas pesakit.
ABDUL Rahman menjalanka­n rawatan ke atas pesakit.
 ??  ?? ABDUL Rahman menjalanka­n rawatan ke atas pesakit menggunaka­n ranting kayu.
ABDUL Rahman menjalanka­n rawatan ke atas pesakit menggunaka­n ranting kayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia