Harian Metro

Islam kembali bersinar

-

Kuala Lumpur: Syiar Islam kini kembali bersinar di bumi Kyrgyzstan, selepas lebih 70 tahun ditadbir Kesatuan Soviet (Soviet Union) bermula 1917 hingga 1991.

Mantan Mufti Kyrgyzstan Sheikh Chubak Hajji Zhalilov berkata, meskipun sudah lebih 20 tahun menjalanka­n pemerintah­an sendiri ramai umat Islam di negara itu masih tercari-cari pengertian Islam yang sebenar.

Beliau berkata, hasil sokongan kerajaan memerintah sekarang dan bantuan komuniti Muslim seluruh dunia, dia kini sedang berusaha mengembali­kan zaman kegemilang­an Islam di Kyrgyzstan.

“Memang Islam di negara ini kembali berkembang, namun masih banyak perlu kami lakukan, sepanjang di bawah pemerintah­an Kesatuan Soviet, banyak batasan dikenakan, contohnya wanita dilarang memakai hijab.

“Sekarang semakin ramai yang mencari jalan kembali kepada ajaran Islam sebenar sekali gus menjadi Muslim sejati. Sepanjang 20 tahun ini jumlah penghafaz al-Quran yang satu ketika dulu boleh dikira dengan jari sudah bertambah kepada ratusan orang.

“Jumlah masjid pula daripada cuma 32 buah bertambah menjadi 2,020. Jemaah haji daripada 50 orang setahun meningkat kepada 5,000 hingga 6,000 orang,” katanya.

Selain berdakwah di Kyrgyzstan, Chubak, juga aktif menyebarka­n syiar Islam di Russia selain negara berjiran seperti Kazakhstan, Uzbekistan dan Chechnya.

Dalam usahanya menjadikan Kyrgyzstan sebagai pusat penyebaran Islam di Asia Tengah beliau, bukan setakat menganjurk­an majlis ilmu beliau turut memuat naik video ceramahnya di laman sosial.

Menurutnya, usaha itu banyak dibantu rakan Muslim dari Arab Saudi, Turki, selain rakyat negara itu yang menetap di Switzerlan­d dan Finland.

Malah dua tahun lalu, beliau menubuhkan pusat perkembang­an Islam dikenali sebagai Darul Hadis, kini menjadi rujukan pelajar sekolah dan penuntut universiti tempatan serta Turki.

“Sekarang ini saya bercadang untuk melaksanak­an sistem kewangan berasaskan Islam dengan bantuan daripada rakan dari negara Islam lain,” katanya.

Mengulas mengenai rakyat negara itu yang masih percaya kepada tangkal serta azimat atau popular dengan panggilan tumar beliau berkata, perkara itu perlu dihentikan.

“Pada pemerintah­an Kesatuan Soviet, kami tidak bebas mengamalka­n Islam maka wujudnya tumar ini. Bermula sebagai lambang seseorang itu Muslim lama-kelamaan ia menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

“Bagaimanap­un sekarang pentadbira­n sudah berubah jadi lebih baik kita amalkan Islam mengikut cara sebenar-benarnya,” katanya.

 ??  ?? MASJID Universiti Manas Turkiye antara masjid terbesar di Bishkek, Kyrgyzstan.
MASJID Universiti Manas Turkiye antara masjid terbesar di Bishkek, Kyrgyzstan.
 ??  ?? HIDANGAN mi daging kuda atau Beshbarmak yang popular dalam kalangan pelancong.
HIDANGAN mi daging kuda atau Beshbarmak yang popular dalam kalangan pelancong.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia