Harian Metro

Pendaki warga emas sesat

-

Seorang lelaki warga emas dilaporkan tersesat selepas mendaki bersama 32 orang di kawasan hutan dekat Kampung Kemensah, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 60 tahun itu bersama pendaki terbabit dikatakan memanjat bukit di kawasan berkenaan petang semalam sebelum disedari terpisah daripada kumpulan pada jam 6.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya hanya menerima panggilan bantuan mencari orang sesat jam 1.35 pagi semalam.

Beliau yang bertindak sebagai Komander Operasi berkata, lapan anggota dari BBP Ampang, empat anggota dari Unit Anjing Pengesan Bomba (K9), enam anggota polis dan enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terbabit dalam operasi.

“Pihak kami menerima panggilan jam 1.35 pagi sebelum Pasukan A BBP Ampang ke lokasi dan tiba 10 minit kemudian. Operasi mencari mangsa dilakukan sehingga jam 5.30 pagi tadi (semalam) sebelum ia ditangguhk­an,” katanya.

Ariff berkata, kira-kira jam 10 pagi semalam Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masuk ke kawasan operasi sebagai bantuan mengesan mangsa.

“Daripada maklumat kami terima, rakan mangsa memaklumka­n seorang daripada ahli kumpulan pendaki tidak dapat dikesan dipercayai tersesat ketika mengikuti aktiviti berkumpula­n di kawasan laluan Kampung Kemensah-Ulu Klang, petang semalam (kelmarin),” katanya.

Difahamkan, sehingga jam 5 petang semalam lelaki berkenaan masih belum ditemui.

 ??  ?? OPERASI mencari pendaki sesat di Kampung Kemensah sejak jam 2 pagi semalam.
OPERASI mencari pendaki sesat di Kampung Kemensah sejak jam 2 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia