Harian Metro

BEDIL MATI

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

Seorang penjenayah warga asing dipercayai aktif melakukan penipuan dan samun dalam urusan jual beli mata wang asing ditembak mati selepas menyerang polis dengan parang di Jalan Memanda 10, Ampang Jaya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.55 malam itu, suspek yang menaiki kereta Toyota Vios bersama empat rakannya dikatakan cuba melarikan diri daripada buruan polis.

Ia susulan polis menerima laporan mengenai kejadian samun membabitka­n kerugian kira-kira AS$ 150,000 (RM595,800) milik seorang lelaki tempatan di satu lokasi di ibu negara beberapa jam sebelum itu.

Difahamkan, polis daripada Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengesan kedudukan kereta suspek dan ketika cuba melakukan tangkapan, suspek terbabit memecut kenderaan dalam usaha melarikan diri sehingga masuk ke Ampang Jaya.

Bagaimanap­un, setibanya di laluan berhampira­n lokasi kejadian, polis memberhent­ikan kenderaan suspek namun mereka keluar dari kereta untuk melarikan diri.

Kecekapan polis berjaya menahan dua suspek namun dua lagi meloloskan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior

Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dalam usaha meloloskan diri, seorang daripada suspek menyerang polis dengan parang sehingga menyebabka­n seorang

Suspek warga asing terbabit kes samun RM595,800 serang polis sebelum tumpas

anggota cedera di lengan akibat terkena libasan.

“Bagi mempertaha­nkan diri, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki itu.

“Lelaki itu disahkan maut di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

 ??  ?? SUSPEK tumpas di lokasi kejadian selepas cuba menyerang anggota polis.
SUSPEK tumpas di lokasi kejadian selepas cuba menyerang anggota polis.
 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek kes samun di Ampang Jaya, semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek kes samun di Ampang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia