Harian Metro

PILU TAK TERTAHAN

Jenazah tiga beradik berkongsi satu liang lahad

- Shamsul Kamal Amarudin dan Zahratulha­yat Mat Arif cnews@nstp.com.my

Tiga beradik yang maut ditetak disemadika­n dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap dekat sini, malam kelmarin.

Jenazah Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, abangnya, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Mohammad Faqhqih Zahirulhaq, 5, tiba di tanah perkuburan Islam di sini dengan menaiki van jenazah jam 9.10 malam.

Kira-kira 500 ahli keluarga dan penduduk kampung hadir pada majlis pengebumia­n itu.

Kelihatan beberapa ahli keluarga yang diberi peluang melihat jenazah tiga beradik itu tidak dapat menahan sebak sambil melaungkan kalimah Allahuakba­r dan ditenangka­n ahli keluarga lain.

Jenazah tiga beradik itu selamat disemadika­n jam 9.30 malam manakala upacara pengebumia­n selesai sepenuhnya lebih kurang jam 10 malam.

Terdahulu, jenazah tiga beradik itu selesai menjalani bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) jam 6.30 petang sebelum dimandi, dikafan dan disembahya­ngkan di hospital berkenaan.

Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, tiga-tiga beradik berkenaan maut di tempat kejadian akibat ditetak lelaki yang juga rakan bapa mereka di Kampung Sungai Haji Muhammad.

Ibu mangsa, Zuraidah Md. Ali, 35, pula parah pada tangan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala kakak sulung mangsa, Nur Zuryn Faziera, 9, dan rakannya yang juga berusia sembilan tahun serta seorang guru agama cedera.

 ??  ?? JENAZAH Nur Ziah Fasihah, Muhammad Firash Zaffril dan Mohammad Faqhqih Zahirulhaq dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap, semalam. JENAZAH tiga mangsa yang maut akibat ditetak selamat disemadika­n, malam semalam.
JENAZAH Nur Ziah Fasihah, Muhammad Firash Zaffril dan Mohammad Faqhqih Zahirulhaq dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap, semalam. JENAZAH tiga mangsa yang maut akibat ditetak selamat disemadika­n, malam semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia