Harian Metro

Pemandu mengantuk rempuh MPV polis

-

Mengantuk dipercayai punca seorang pemandu terbabas lalu melanggar kereta peronda polis (MPV) yang berhenti melakukan pemeriksaa­n di Kilometer 30.7, Lebuhraya Persekutua­n, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Proton Preve berkenaan dilanggar pada bahagian belakang namun anggota yang melakukan pemeriksaa­n ke atas kereta Proton Waja berkenaan sempat mengelak daripada dirempuh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, rempuhan kuat itu turut menyebabka­n MPV bergerak ke depan dan melanggar belakang Proton Waja yang diperiksa.

“Ketika kejadian anggota MPV melakukan pemeriksaa­n ke atas pemandu Proton Waja yang dipandu lelaki berusia 63 tahun. Anggota memberhent­ikan kenderaan di lorong kecemasan di belakang kenderaan itu dan menyalakan lampu beacon.

“Seorang daripada anggota berada di belakang MPV menjaga lalu lintas sebelum ternampak kereta dipandu laju di lorong kiri lalu masuk ke lorong kecemasan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kereta jenis Kia itu menuju ke arah anggota, namun mereka bernasib baik kerana sempat mengelak ke tengah jalan sebelum kenderaan berkenaan merempuh belakang MPV.

“Rempuhan kuat menyebabka­n MPV bergerak ke depan dan melanggar Proton Waja menyebabka­n pemandunya terhentak pada stereng.

“Pemandu kereta Kia iaitu lelaki berusia 60 tahun bekerja sebagai kerani di syarikat penerbitan akhbar di ibu negara mengaku terlelap ketika memandu sebelum terbabas apabila mengelak kenderaan lain yang cuba memasuki laluannya,” katanya.

 ??  ?? SEBUAH MPV polis dilanggar di Kilometer 30.7 Lebuhraya Persekutua­n, dekat Petaling Jaya, tengah malam semalam.
SEBUAH MPV polis dilanggar di Kilometer 30.7 Lebuhraya Persekutua­n, dekat Petaling Jaya, tengah malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia