Harian Metro

AKTIF BELAKANG TABIR

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Sissy tidak kecewa dikata kurang popular dan lambat naik

Nama penyanyi dan komposer muda berbakat besar Sissy Iman diperkatak­an ramai selepas kemunculan­nya bermain piano mengiringi persembaha­n lagu Jampi dendangan Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), baru-baru ini.

Bukan saja lagu Jampi dendangan Hael menjadi juara AJL32, persembaha­n piano Sissy juga mencuri tumpuan penonton.

Pemilik nama sebenar Imann Mohammad Kamil, 21, mengakui peluang bermain piano pada pentas berprestij AJL32 sungguh bermakna buat karier seninya.

“Ramai pihak menganggap saya tidak aktif dalam bidang nyanyian kerana jarang muncul di kaca televisyen.

“Hakikatnya, saya aktif kerja belakang tabir dan mencipta lagu untuk penyanyi lain serta masih terbabit dalam bidang seni,” katanya.

Mengulas dakwaan segelintir pihak namanya kurang popular walaupun sudah lama terbabit dalam bidang nyanyian, Sissy tidak cepat melatah.

“Saya meminati bidang muzik sejak kecil dan aktif sejak 2013. Saya juga tidak meletakkan populariti sebagai fokus utama kerana yang penting dapat memberikan sumbangan kepada industri muzik tanah air.

“Kerana itu, saya tidak kecewa apabila orang cakap nama lambat naik berbanding penyanyi baru yang mewarnai dunia seni ketika ini. Saya percaya dengan rezeki,” katanya.

Selain menyanyi dan mencipta lagu, Sissy juga guru muzik dan kini mengajar kelas piano di rumah.

“Sebelum ini, saya mengajar kelas piano di pusat muzik swasta dan kini lebih selesa mengajar di rumah.

“Saya mengajar piano untuk kanak-kanak hinggalah mereka yang berusia 40 tahun,” katanya.

 ??  ?? Ramai pihak menganggap saya tidak aktif dalam bidang nyanyian kerana jarang muncul di kaca televisyen. Hakikatnya, saya aktif kerja belakang tabir dan mencipta lagu untuk penyanyi lain serta masih terbabit dalam bidang seni
Ramai pihak menganggap saya tidak aktif dalam bidang nyanyian kerana jarang muncul di kaca televisyen. Hakikatnya, saya aktif kerja belakang tabir dan mencipta lagu untuk penyanyi lain serta masih terbabit dalam bidang seni

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia