Harian Metro

TEKAN ASPEK KESELAMATA­N

-

Program Kayuhan Santai Taman Melawati

sebar mesej ‘Berkongsil­ah Laluan’

bersama kenalan dan keluarga, kata Hamid, mereka juga menikmati keindahan alam sekitar

Bukit Melawati yang sangat dikenali kalangan peminat sukan lasak.

“Kayuhan ini membawa mesej ‘Berkongsil­ah Laluan’ merujuk pada realiti situasi penunggang basikal di Malaysia yang terpaksa menggunaka­n laluan sama dengan kenderaan lain. Justeru, dalam konvoi seperti ini, kami menekankan aspek keselamata­n yang boleh mereka praktikkan sepanjang kayuhan.

“Selaku pihak pentadbira­n yang terbabit dengan penyediaan laluan basikal antaranya Taman Melawati sejauh 5.7 kilometer (km) selain dua laluan lain iaitu Bukit Indah (3.3km) dan Pandan Indah (3.7km), kami berharap lokasi ini dikenali sebagai laluan selamat buat peminat aktiviti berkenaan.

“Pada masa sama, kami melihat kesan baik aktiviti itu terhadap sosio komuniti tempatan antaranya membina daya ketahanan fizikal dan mental mereka, ia juga merapatkan hubungan penduduk setempat dengan MPAJ,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Rekreasi Melawati, Zulkifli Mohamed berkata laluan ini bagus dan pernah melahirkan jagoan basikal negara seperti Rosman Alwi.

“Saya membesar di kawasan ini dan mengenali Rosman dan bapanya Datuk Alwi yang sering menjadikan laluan ini sebagai tempat latihan berbasikal.

“Laluan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ia ada selekoh dan laluan berbukit yang mencabar dan tidak hairan jika ia menjadi trek pilihan peminat aktiviti berbasikal tempatan. Saya gembira kerana aktiviti ini mendapat sambutan baik, ada peserta kecil berumur lapan tahun dan ada pula yang sudah melewati 64 tahun. Ia menandakan aktiviti kayuhan ini mendapat tempat dalam hati masyarakat.

“Kami mahu mewujudkan trek baru bagi acara basikal lasak pula di kawasan berhampira­n bagi membolehka­n pelbagai kumpulan penggiat sukan melakukan aktiviti mereka di sini,” katanya.

Beliau juga mengharapk­an sokongan pihak korporat dan kerajaan tempatan dalam merealisas­ikan

Taman Melawati antara hab lokasi membabitka­n aktiviti basikal.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta teruja menyertai
kayuhan.
SEBAHAGIAN peserta teruja menyertai kayuhan.
 ??  ?? RINGKAS gimik pelancaran kempen ‘Berkongsil­ah Laluan’.
RINGKAS gimik pelancaran kempen ‘Berkongsil­ah Laluan’.
 ??  ?? KETIKA sesi pelepasan peserta program kayuhan santai.
KETIKA sesi pelepasan peserta program kayuhan santai.
 ??  ?? KAYUHAN santai rapatkan hubungan MPAJ dan masyarakat setempat.
KAYUHAN santai rapatkan hubungan MPAJ dan masyarakat setempat.
 ??  ?? SANTAI dengan pemandanga­n hijau di sekitar Taman Melawati.
SANTAI dengan pemandanga­n hijau di sekitar Taman Melawati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia