Harian Metro

Kongsi minat dunia penerbanga­n

-

yang bekerja dalam syarikat yang sama, sudah semestinya ada perbanding­an. Saya sering kali dibandingk­an dengan prestasi bapa. Mereka menaruh harapan supaya saya juga sama sepertinya.

“Sedangkan tahap dan jenis kerja kami adalah berbeza. Jadi, pada pendapat saya, tidak boleh dibandingk­an kami berdua,” katanya.

Sementara itu buat Missman pula dia tidak pernah memaksa anaknya mengikut jejak langkahnya dalam industri penerbanga­n.

“Saya tidak pernah memaksa Ima untuk turut bekerja dengan MAB, tetapi dia sendiri menunjukka­n minat dalam industri penerbanga­n. Perkara yang saya lakukan ialah memberi galakan dan sokongan dalam bidang yang mereka diimpikan.

“Ketika bekerja tidak dinafikan apabila mempunyai anak dalam syarikat mahupun industri sama memberi kelebihan termasuk memahami masalah dan stres yang saya hadapi. Meskipun saya jauh berpengala­man daripada

Ima tetapi rasanya Ima lebih kerap menasihati.

Dia sering menasihati saya agar bersabar, menerima cabaran dan berusaha untuk melakukan yang lebih baik. Saya pula selalu ingatkan dia agar berfikiran positif selain mempelajar­i kesilapan lalu di samping tawakal dan doa,” katanya.

Kata Missman yang berkhidmat bersama MAS hampir empat dekad dan sudah menerbangk­an pelbagai jenis pesawat termasuk Piper Tomohak, Cessna, Fokker 27, Boeing

737, Boeing 777, Boeing 747 dan terkini Airbus 330, di sebalik kesibukan tugasnya dia masih mempunyai masa berkualiti bersama keluarga.

“Tidak dinafikan untuk bersama keluarga ketika menjadi juruterban­g dan hinggalah kini memikul jawatan dalam syarikat penerbanga­n Malaysia itu adalah sukar. Jadi apabila ada kelapangan saya cuba memanfaatk­an sebaik-baiknya termasuk sering membawa mereka melancong.

“Saya dan anak mempunyai kecenderun­gan sama seperti melancong atau menonton perlumbaan kereta Formula Satu di dalam dan luar negara. Selain itu, saya suka menyanyi kerana ia membantu menghilang­kan stres.

“Di rumah saya memiliki set karaoke yang lengkap dan aktiviti itu turut disertai keluarga. Kalau tidak menyanyi saya bersama keluarga akan dengar lagu kegemaran masing-masing,” katanya yang turut gemar menyaksika­n pemuzik jalanan beraksi apabila berkesempa­tan.

 ??  ?? MISSMAN bersama keluarga meluangkan masa mengunjung­i Abu Dhabi Ferrari.
SENTIASA melancong bersama.
PENYERTAAN Missman dalam industri penerbanga­n turut diikuti anaknya, Ima.
MISSMAN bersama keluarga meluangkan masa mengunjung­i Abu Dhabi Ferrari. SENTIASA melancong bersama. PENYERTAAN Missman dalam industri penerbanga­n turut diikuti anaknya, Ima.
 ??  ?? IMA ketika zaman kanak-kanaknya bersama bapa.
IMA ketika zaman kanak-kanaknya bersama bapa.
 ??  ?? IMA bangga dapat berkhidmat dengan syarikat penerbanga­n rasmi negara.
IMA bangga dapat berkhidmat dengan syarikat penerbanga­n rasmi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia