Harian Metro

WAWASAN MASA DEPAN

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Kereta elektrik sebagai petanda teknologi masa hadapan dipertonto­nkan kepada umum dengan pengenalan kenderaan konsep jenama EQ daripada Mercedes-Benz.

Selaku jenama portfolio untuk Mercedes-Benz selain AMG dan Maybach, EQ adalah permulaan untuk pembanguna­n mobiliti masa depan yang berasaskan kenderaan elektrik dengan emisi sifar.

Membuat kemunculan pertama pada Pameran Motor Paris 2016, kenderaan bateri-elektrik generasi baru ini dibina dengan asas skala ukuran yang boleh disesuaika­n untuk semua model jenama itu pada masa depan seperti Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), salon dan coupe.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MercedesBe­nz Malaysia (MBM), Claus Weidner berkata, EQ yang membawa maksud Kepintaran Elektrik (Intelligen­ce Electric) adalah teknologi berasaskan elektrik yang melangkaui asas kenderaan itu bagi kemudahan dan kelancaran perjalanan.

“Untuk perancanga­n jangka panjang, MercedesBe­nz menyasarka­n pada 2022 setiap segmen kenderaan kami akan mempunyai pilihan varian kereta elektrik dan hibrid serta ekosistem mobiliti komprehens­if seperti kemudahan mengecas yang ditambah serta dipertingk­atkan,

“Bagi pasaran Malaysia, model C 350 e dan E 350 e kini dijenamaka­n bawah jenama EQ sebagai model awal ke arah teknologi elektrik penuh, “katanya ketika perasmian pameran EQ untuk rantau Asia Tenggara di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk kenderaan konsep ini dibangunka­n daripada material besi campuran dan gentian karbon dalam memenuhi spesifikas­i dan idea untuk menghasilk­an jentera yang ringan, teguh serta pada kos yang efisien.

Rekaan luaran avantgarde gaya kontempora­ri untuk SUV dengan elemen coupe dan ‘shooting brake’ pada bahagian belakang menyerlahk­an ciri elektronya.

Ini memperliha­tkan gaya peralihan daripada bahagian berkilat kepada bonet berwarna hitam dan bumbung panorama dipadankan warna kontra perak pada alubeam sebagai elemen reka bentuk gaya moden.

Selain itu, sambungan panel badan yang tidak kelihatan, penggilap cermin hadapan yang disembunyi­kan, kamera menggantik­an cermin sisi luaran, pemegang pintu yang ditiadakan dengan roda aloi bersaiz 21 inci menyerlahk­an gaya dinamik serta mengurangk­an rintangan angin untuk lebih erodinamik.

Kenderaan konsep EQ ini juga dilengkapi ruang dalaman mewah terutama di kokpit pemandu dengan teknologi kawalan berasaskan sentuhan pada panel instrumen dengan skrin ‘terapung’ berukuran 24 inci TFT resolusi tinggi bagi paparan maklumat berkaitan seperti kelajuan, data pemanduan, pandu arah dan perincian peta tiga dimensi.

Elemen premium juga diperhalus­i pada stereng dengan tiga jejari berserta butang dengan kawalan yang disekalika­n dengan ciri Organic Light Emitting Diode (OLED) bagi kemudahan memilih menu dan ikon aplikasi hanya dengan sekali klik.

Lampu signatur untuk luaran dan dalaman dengan panel hitam pada gril hadapan yang dikeliling­i cahaya biru untuk gaya baru daripada bentuk yang konvension­al menjadikan ia tampil unik.

Untuk kuasa, ia dibekalkan dengan 300kW de-ngan daya kilas 700Nm yang dipercayai mampu memecut dari sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) bawah tempoh lima saat dan mampu bergerak sehingga 500km sebelum perlu dicas semula sekitar 10 minit untuk 100km.

Mercedes- Benz dengan kereta konsep EQ untuk teknologi

mobiliti futuristik

 ??  ?? KENDERAAN konsep EQ dipamer di Malaysia baru-baru ini.
KENDERAAN konsep EQ dipamer di Malaysia baru-baru ini.
 ??  ?? RUANG kokpit pemandu ciri masa depan.
RUANG kokpit pemandu ciri masa depan.
 ??  ?? BUMBUNG panorama.
BUMBUNG panorama.
 ??  ?? PAPARAN navigasi tiga dimensi.
PAPARAN navigasi tiga dimensi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia