Harian Metro

MUDAH KONGSI KERETA

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Socar tawarkan Volkswagen Polo untuk pilihan pengguna

Revolusi baru bagi perkongsia­n kereta kini ditawarkan oleh Socar di Malaysia yang mengubah landskap pengangkut­an di negara ini ke arah mobiliti lebih fleksibel dan praktikal.

Ia menawarkan perkhidmat­an sewa kereta berdasarka­n keperluan individu sama ada untuk penggunaan ikut jam, harian atau mingguan pada kadar yang berpatutan mengikut jenis kenderaan yang tersedia.

Untuk menambah pilihan kepada pengguna, sebanyak 50 model Volkswagen Polo 1.6 disediakan bermula bulan ini sebagai kenderaan yang kompak, ringkas, selamat serta bergaya.

Ia dilengkapi enjin suntikan petrol 16 injap dan transmisi enam kelajuan automatik menawarkan daya kilas sehingga 153NM pada 3,800 rpm serta penggunaan bahan api sekitar 6.3 liter untuk setiap 100 kilometer (km).

Ruang dalaman dengan pendingin hawa dua zon termasuk corong khas untuk penumpang belakang dengan teknologi terkini seperti skrin sesentuh pada papan pemuka dan sistem hiburan menjadikan perjalanan lebih selesa.

Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia, Leon Foong berkata, pemilihan jenama ini dilihat sesuai untuk kegunaan dalam bandar terutama bagi golongan sasar sekitar usia 30-an yang mahukan sebuah kenderaan jenama antarabang­sa yang mudah dan ringkas.

“Saiznya yang kompak melancarka­n pergerakan dalam kota raya serta ruang dalaman yang fleksibel membolehka­n ia digunakan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk membawa rakan-rakan atau barangan beli-belah boleh dilakukan dengan mudah,” katanya pada majlis pelancaran bersama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebanyak enam jenama pilihan model kenderaan oleh Socar ditempatka­n di lebih 100 lokasi strategik sekitar Lembah Klang serta kemudahan parkir disediakan bagi urusan mengambil serta pemulangan kereta lebih teratur dan sistematik.

Untuk memilih Volkswagen Polo dan yang lain, pengguna boleh menggunaka­n aplikasi Socar dengan memuat turun ikon daripada App Store atau Google Play Store dengan tawaran harga RM13.90 sejam (tanpa GST) termasuk petrol dan insurans.

Turut hadir ke majlis pelancaran itu ialah Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter dan Ketua Pegawai Eksekutif HICOM Auto Sdn Bhd, Bojeng Bari.

 ??  ?? POLO kini boleh ditempah
melalui Socar.
POLO kini boleh ditempah melalui Socar.
 ??  ?? (DARI kiri) Winter, Bojeng dan Foong ketika majlis pelancaran.
(DARI kiri) Winter, Bojeng dan Foong ketika majlis pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia