Harian Metro

Bengkel bergerak Mitsubishi di Sarawak

-

Sebagai memberi nilai tambah dan kemudahan kepada pengguna, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkena­lkan unit servis bergerakny­a untuk pemilik kenderaan jenama itu yang tinggal di kawasan luar bandar Sarawak.

Jentera model Triton diubah suai dan dilengkapi dengan peralatan asas terkini seperti Pengimbas Diagnostik Penguji

Pelbagai Guna Mitsubishi, jek hidraulik, set perkakasan dan pemampat udara bagi menyediaka­n penyelengg­araan terbaik untuk pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, perkhidmat­an ini bertujuan memperluas­kan lagi program lepas jualan mereka terutama kepada pemilik trak pikap yang tinggal jauh di pedalaman, maka mereka tidak perlu lagi datang ke bandar utama.

“Unit bergerak ini dikendalik­an oleh pengedar sah Mitsubishi di Kuching iaitu EON Auto Mart dan Jimisar Autotrade dengan jarak perkhidmat­an sehingga 150 kilometer (km) meliputi daerah Semantan, Lundu. Bau, Serian dan Simunjan,” katanya.

Sebagai permulaan, unit ini berupaya melakukan servis sebanyak 10 unit kenderaan dalam sehari merangkumi penyelengg­araan berjadual, pemeriksaa­n dan penggantia­n tali sawat pemasaan.

Tambahnya, unit yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat itu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan permintaan pemilik di negeri itu.

Buat pengguna di Malaysia timur, ada 14 ruang pameran dan servis Mitsubishi (6 di Sarawak dan 8 di Sabah) daripada 54 yang disediakan di seluruh negara.

Pemilik kenderaan Mitsubishi di Sarawak yang mahu menetapkan janji temu untuk servis ini boleh menghubung­i khidmat pelanggan unit berkenaan di talian: 1800-18-8161.

 ??  ?? UNIT bengkel bergerak Mitsubishi pertama di Sarawak.
UNIT bengkel bergerak Mitsubishi pertama di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia