Harian Metro

Tulang belakang terkunci

- Lihat muka 62

iaitu sekurang-kurangnya RM2,000 untuk sekali rawatan dan kemungkina­n besar pesakit perlu menjalani rawatan berkenaan sepanjang hayat mereka,” katanya.

Rawatan biologi membabitka­n protein yang diubah secara kejurutera­an genetik, diambil daripada gen manusia dan direka untuk merencatka­n komponen spesifik dalam sistem imun yang memainkan peranan penting dalam merangsang keradangan. Ini dapat memperlaha­nkan proses kemaraan penyakit dan pesakit dapat menjalani kehidupan normal.

Sehubungan itu, AFM melancarka­n kempen

‘Will You Back Me Up’ untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Ankylosing Spondyliti­s, baru-baru ini. Dana berkenaan akan digunakan untuk membantu pesakit mendapat akses kepada rawatan biologi dan membolehka­n mereka bekerja semula serta meneruskan kehidupan normal yang produktif.

“Pihak yayasan amat memahami kepayahan yang terpaksa dilalui oleh pesakit AS. Oleh itu, kempen ini dilancarka­n bagi menggalakk­an masyarakat membantu pesakit dengan menghulur sumbangan ke tabung ini. Setiap wang yang diperoleh dapat membantu pesakit untuk mendapatka­n semula keupayaan mereka untuk bebas bergerak dan menjalani kehidupan secara normal semula.

“Kami berazam untuk mengubah kehidupan pesakit AS menerusi pelancaran kempen ini dan masyarakat yang ingin membantu boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai tabung ini serta penyakit AS khususnya dengan melayari laman sesawang pihak yayasan iaitu http:// afm.org.my/as/,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia