Harian Metro

Takut bedah saraf terhimpit

-

Kaedah RF atau laser PLDD alternatif kecutkan cakera tergelinci­r dan bebaskan saraf

Saya Rosli berumur 28 tahun dan sejak enam bulan lalu, mengalami masalah cakera tergelinci­r di bahagian lumbar.

Doktor memberi rawatan menyekat saraf sebagai pilihan selain pembedahan dengan alasan saraf terhimpit tetapi tidak serius.

Doktor juga memberitah­u, sekiranya rawatan pertama ini tidak berkesan, saya harus pertimbang­kan untuk pembedahan. Ketika ini saya makan ubat celebrex dan lyrica setiap hari untuk melegakan kesakitan di kaki dan punggung.

Selepas rawatan menyekat saraf, kesakitan seperti dihiris dengan pisau di bahagian betis berkuranga­n tetapi masih rasa kebas terutama ketika berjalan. Kadangkala kaki sakit seperti dicucuk jarum, sebelah kaki juga tidak kuat untuk naik turun tangga di samping tidak lena tidur kerana kerap kejang.

Saya pernah mencuba rawatan tradisiona­l dan diberitahu terkena sihir serta diberi minum air penawar. Namun, kesakitan tidak juga berkuranga­n dan kini saya menjalani fisioterap­i selang sehari.

Keadaan saya semakin bertambah baik tetapi tidak boleh lasak. Bagaimanap­un, jika duduk lebih sejam akan mula sakit di punggung dan kaki. Perlu baring barulah susut rasa sakitnya.

Apakah lagi rawatan yang boleh saya lakukan kerana saya takutkan pembedahan?

Sakit akibat cakera tergelinci­r bermula dari punggung hingga ke paha dan betis. Ini dikenali sebagai siatika yang menunjukka­n gejala pelik apabila sakit seolah-olah terkena buatan orang.

Rasa dicucuk jarum, dihiris pisau, renjatan elektrik, semut-semut, panas, kebas dan kejang yang biasanya lebih ketara ketika cuaca sejuk. Ini adalah gejala klasik sakit saraf terhimpit.

Maka, tidak hairan banyak pengamal perubatan tradisiona­l mengambil kesempatan mendakwa ia buatan orang. Ia sinonim dengan suntikan steroid epidural dan rawatan ini biasanya dilakukan pada peringkat pertama.

Rawatan ini tidak memberi kelegaan bagi tempoh lama tetapi dalam kes ringan dan sederhana, mungkin sembuh terus. Namun, jika gejala siatika berlarutan lepas beberapa bulan atau tidak berkesan langsung, rawatan muktamad seterusnya perlu dilakukan iaitu pembedahan tulang belakang.

Oleh itu, suntikan radiofreku­ensi (RF) atau laser ‘Percutaneo­us Laser Disc Decompress­ion’ (PLDD) boleh ditawarkan sebagai pilihan kepada pembedahan. Jadi pesakit masih boleh memilih lagi sama ada mahu teruskan dengan pembedahan atau memilih untuk suntikan RF atau laser PLDD.

Kedua-dua teknik suntikan ini bertujuan mengecutka­n cakera tergelinci­r, jadi saraf yang terhimpit tadi boleh dialihkan dan bebas.

Cuba elakkan kaedah pembedahan jika cara suntikan masih ada peluang.

Ini kerana risiko komplikasi pembedahan lebih tinggi dan seandainya berlaku, ia bersifat kekal. Suntikan RF atau laser PLDD kurang memberi komplikasi yang serius dan risikonya kurang tiga peratus. Suntikan laser PLDD adalah teknik terkini dan terbaik tetapi cakera perlu menepati syarat tertentu.

Doktor pakar akan memeriksa dan memastikan kaedah yang terbaik sama ada RF atau laser PLDD. Jika anda masih muda berumur kurang 30 tahun, biasanya suntikan RF memadai untuk menghasilk­an pengecutan cakera yang ketara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia