Harian Metro

Formulasi herba

-

Ayurveda berkesan melegakan rasa sakit tanpa perlu bimbang komplikasi kepada perut, buah pinggang

pendarahan gastrik, serangan jantung, strok dan kegagalan ginjal.

NSAIDs seperti ibuprofen, napoxen dan lain-lain, sering menjadi ubatan berkala kepada pesakit sendi dan satu aspek penting adalah meneliti keperluan pengambila­n ubat terbabit.

Kajian dijalankan Persatuan Kajian Osteoartri­tis Antarabang­sa (OARSI) pada 2006, ia mempunyai risiko lain termasuk keperluan penggantia­n pinggul serta lutut pesakit pada tahap tertentu.

Justeru ada kajian peralihan bagi penggantia­n ubat jenis NSAIDs menerusi alternatif herba.

Pengarah Bersekutu Enovate Biolife Amol Pathak, berkata pihaknya memfokuska­n kajian ayurveda iaitu herba perubatan India sebagai alternatif penting pada produk kesihatan termasuk sebagai ubat tahan sakit, contohnya lanconone yang terbukti secara saintifik.

“Kebaikan mengenai kaedah ini ia melegakan rasa sakit dengan selamat tanpa perlu bimbangkan komplikasi kepada perut atau buah pinggang anda.

“Kajian herba ini turut mengambil kira faktor lain termasuk keadaan pesakit yang mengambil ubatan seperti ubat tekanan darah tinggi dan diabetes,” katanya.

Syarikat itu bekerjasam­a dengan Nuvanta Sdn Bhd menerusi Pengurus Unit Perniagaan Datin Swanee Teh untuk akses ubat terbabit di Malaysia.

Penyelidik klinikal produk ayurveda, Dr Shalini Srivastava mendapati formula semula jadi itu dilihat jauh lebih baik termasuk buat pesakit berisiko tinggi.

“Ia juga adalah alternatif selamat dan dijadikan sebagai amalan oleh orang tempatan yang menunjukka­n pengambila­n herba jauh lebih baik dalam mengurangk­an kerosakan pada diri pesakit.

“Meskipun kesan sama ada awal atau lambat itu sudah dijangka tetapi pengambila­n konsisten membantu peningkata­n kualiti sebagai mengurangk­an kesakitan pada bahagian yang mengalami masalah.

“Kesan ubat ini juga tidak mengganggu peranan ubat lain tetapi disarankan merujuk kepada doktor bagi melihat kesesuaian­nya jika diambil bersama ubat sedia ada,” katanya.

 ??  ?? RADANG berlaku pada lutut.
RADANG berlaku pada lutut.
 ?? FOTO ?? DR SHALINI bersama Swanee dan Amol Pathak ketika sesi pengenalan formulasi ayurveda.
FOTO DR SHALINI bersama Swanee dan Amol Pathak ketika sesi pengenalan formulasi ayurveda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia