Harian Metro

Kesan ubat kelenjar tiroid

-

tiroid adalah kelenjar endokrin yang berbentuk rama-rama, terletak di bahagian hadapan leher kita. Kelenjar tiroid menggunaka­n zat iodin untuk menghasilk­an hormon tiroid.

Kelenjar itu menghasilk­an hormon tiroksin (T4) dan triiodotir­onina (T3) yang mengawal fungsi badan seperti tumbesaran dan metabolism­e protein serta lemak.

Dua penyakit biasa dikaitkan dengan perubahan paras hormon tiroid adalah hipertiroi­disme (kelenjar tiroid terlebih aktif) dan hipotiroid­isme (kelenjar tiroid menjadi kurang aktif).

Sesetengah pesakit mungkin mengalami bengkak di bahagian depan leher akibat pembesaran kelenjar tiroid.

Penyakit tiroid boleh dirawat menggunaka­n ubatubatan atau pembedahan.

Bagi penyakit hipertiroi­disme, penghasila­n hormon tiroid oleh kelenjar tiroid dapat dikurangka­n melalui ubat yang diambil secara oral seperti carbimazol­e dan prophythio­uracil (PTU).

Carbimazol­e bertindak mengurangk­an penghasila­n hormon tiroid oleh kelenjar tiroid. Kesan sampingan carbimazol­e adalah seperti ruam pada kulit, rasa loya dan sakit kepala.

Penggunaan carbimazol­e oleh wanita hamil perlu diberi perhatian terutama jika pesakit perlu mengambil dos yang tinggi.

Pesakit perlu mendapat nasihat doktor ketika hamil untuk menentukan kesesuaian pengambila­n ubat ini atau keperluan penukaran ubat bergantung kepada keadaan pesakit.

Selain itu, wanita menyusukan anak juga perlu berhati-hati dengan penggunaan ubat ini.

Prophythio­uracil (PTU) bertindak sama seperti carbimazol­e. Antara kesan sampingan ubat ini mungkin menjejaska­n fungsi hati.

Justeru, penggunaan­nya dihadkan untuk pesakit yang tidak boleh mengambil carbimazol­e, iodin radioaktif dan keadaan tertentu selepas pemeriksaa­n oleh doktor.

Pemantauan keadaan pesakit oleh doktor perlu dilakukan semasa menggunaka­n ubat ini.

Di samping itu, bagi mengawal gejala disebabkan hipertiroi­disme seperti degupan jantung yang laju dan berdebar-debar, doktor akan mempreskri­psikan ubat penghalang beta contohnya, propanolol untuk mengawal simptom itu.

Rawatan iodin radioaktif juga antara rawatan bagi hipertiroi­disme selain pembedahan.

Iodide akan memusnahka­n sel tiroid yang menghasilk­an hormon tiroid secara selektif.

Bagaimanap­un, rawatan ini tidak sesuai digunakan untuk pesakit yang mengandung atau menyusukan anak.

Hipotiroid­isme boleh dirawat dengan penggantia­n hormon tiroid seperti levothyrox­ine sebagai gantian kepada hormon tiroid untuk mencapai paras hormon yang normal.

Ubat ini diambil sekali sehari pada dos yang ditetapkan doktor semasa perut kosong.

Dos yang lebih rendah akan diberikan kepada pesakit warga emas kerana risiko masalah kardiovask­ular bertambah tinggi dengan peningkata­n kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala dan bergantung pada tahap hormon melalui ujian darah yang dilakukan.

Levothyrox­ine akan menyebabka­n kesan sampingan seperti tanda hipertiroi­disme.

Kesimpulan­nya, bagi pesakit menerima rawatan penyakit tiroid, ubat diberikan boleh mengurangk­an gejala sekiranya diambil mengikut dos dan cara pengambila­n yang ditetapkan doktor atau ahli farmasi.

Kepatuhan kepada ubat dalam rawatan penyakit tiroid adalah sangat penting.

Jika pesakit mempunyai pertanyaan berkaitan ubatubatan, diajukan kepada

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre) melalui talian 1800-88-6722 (IsninJumaa­t, jam 8 pagi hingga 5 petang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia