Harian Metro

Mimi, Shahir masih kawan

-

Bermula 9 Mei lalu, cerita dan berita politik tidak pernah habis. Ada saja cerita panas yang menghiasi dada akhbar.

Malah media sosial ketika ini dibanjiri dengan pelbagai komen positif dan negatif. Hal ini sedikit sebanyak mencetuska­n ribut dalam persahabat­an dan hubungan kekeluarga­an.

Namun, cerita yang Cik Pang nak kongsikan ini adalah penyatuan dua hati yang dikatakan kembali berbunga menjadi sahabat.

Kisahnya mengenai bintang Akademi Fantasia Shahir dengan wanita yang pernah mencetuska­n api kemarahann­ya tidak lama dulu.

Siapa lagi kalau bukan Mona Syamimi atau lebih dikenali sebagai Mimi yang didakwa mempunyai hubungan dengan finalis program AF Megastar itu sehingga menjadi tular Oktober tahun lalu.

Menurut sumber Cik Pang, Shahir kini sudah berbaik dengan Mimi dan mereka saling berjumpa dan berhubung menerusi WhatsApp.

Alhamdulil­lah, nampaknya sudah tiada dendam selepas Mimi tampil membuat pendedahan mengenai statusnya dengan Shahir sebagai kawan dan bukan peminat atau penyokongn­ya di pentas AF Megastar seperti didakwanya sebelum ini.

Diharapkan hubungan baik yang berlangsun­g ini akan terus berkekalan dan tiada lagi sengketa.

Cik Pang saja nak ingatkan kadang-kadang orang yang kita tak suka, itulah jodoh kita nanti. Jadi Cik Pang harap janganlah kita saling bermusuhan.

Nak berkawan tidak salah, tapi niatnya harus betul dan perlu berteruste­rang supaya segala kekeliruan tidak disalah tafsir pelbagai pihak.

Tiba-tiba Cik Pang rindu pula nak dengar khabar Shahir. Lama rasanya dia menyepi selepas menyertai program AF Megastar. Apalah yang dibuat Shahir sekarang.

Harap-harap Shahir sihat walafiat dan janganlah ‘menyorok’ lama-lama. Peminat rindukan awak termasuk Cik Pang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia