Harian Metro

AWAS TERBABAS DI BAZAR

-

Assalamual­aikum dan salam sejahtera.

Cepat benar masa berlalu. Pejam celik, kita sudah berada di pertengaha­n Mei dan sedar atau tidak, sudah empat hari kita menjalani ibadah puasa. Macam mana dengan puasa anda setakat ini? Adik harap semuanya berjalan lancar hendaknya.

Bercakap mengenai Ramadan, Adik ingin menyentuh perkara yang patut kita lakukan. Selain melipatgan­dakan ibadah, wajar juga kita amalkan sikap berjimat cermat. Ketika berbelanja membeli makanan untuk berbuka, berpada-padalah. Jangan sampai berlaku pembaziran.

Adik faham, selepas berpuasa selama 12 jam, ramai teruja bila singgah di bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka. Di situlah kita sering terbabas dan berbelanja secara berlebihan.

Lebih membazir andainya kita hidup bujang dan makanan kelak dibuang begitu saja. Rasa kenyang boleh buat kita rasa mengantuk, macam mana nak solat Tarawih?

Sebaik-baiknya kita bersederha­na bagi mengelakka­n makanan berlebihan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah. Bukankah Ramadan sepatutnya mengingatk­an kita akan insan-insan yang tidak berkemampu­an? Samasama kita renungkan dan cuba elakkan pembaziran.

Selain itu, Adik nak pesan kepada adik-adik kecil supaya jaga diri sepanjang Ramadan. Kalau boleh jangan membazir duit membeli mercun dan bunga api. Ingat, keselamata­n diri perlu diutamakan.

Oh ya! sebelum terlupa, Adik juga ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada peminat yang sudi mengundi sempena DFKL2018 yang berlangsun­g baru-baru ini. Alhamdulil­lah, berkat kegigihan anda semua,

Adik dan Syafiq Kyle dipilih sebagai Pasangan Pilihan manakala drama lakonan kami, Dekatkan Jarak

Kita dipilih sebagai Drama Pilihan.

Ini kemenangan pertama Adik dalam Anugerah DFKL selepas pencalonan untuk drama Rindu Awak 200% empat tahun lalu. Ia hadiah istimewa buat Adik dan peminat. Insya-Allah adik akan berusaha lebih keras untuk memberikan yang terbaik bagi anda semua.

Nampaknya sampai di sini saja coretan Adik untuk minggu ini. Harap anda semua menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan menikmati kelebihan bulan penuh rahmat ini sebaikbaik­nya.

Jumpa lagi dan selamat berpuasa semua. Jangan curi-curi makan tau!

#Kemenangan­Terindah SebelumRam­adhan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia