Harian Metro

Syahadah papar kisah Muslim di bumi sakura

-

tonggak Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang disiarkan setiap Ramadan iaitu Syahadah kembali menemui penonton untuk musim ke-13. Kali ini, memaparkan kisah Muslim minoriti di bumi sakura Jepun.

Menariknya, dokumentar­i 10 episod itu memaparkan lokasi berbeza antaranya Beppu, Oita, Wakayama, Osaka, Kobe dan Tokyo.

Disiarkan mulai 7 Jun menerusi saluran TV 1 (101), jam 6.30 petang dan ulangannya pada 11.30 malam. Manakala TV2 (102) menyiarkan program itu pada jam 6 petang dan ulangan 5.30 pagi.

Penonton berpeluang mengikuti kisah karamnya kapal Erugrul dari

Turki, antara kisah yang terkenal di

Jepun. Tragedi yang berlaku pada 1890 di Kushimoto Town, Wakayama menjadi satu daripada faktor penyebaran Islam di Jepun. Kejadian itu turut mewujudkan jalinan kerjasama erat kerajaan Turki dan Jepun.

Episod ini turut memaparkan kisah Aysegul Arkan, wanita kelahiran Turki yang bertugas di Kushimoto Town selain pembabitan Turkish Culture Associatio­n, diketuai Maruishi Keiko yang berusaha menyediaka­n kemudahan buat pelancong Muslim berkunjung ke Muzium Memorial Turki.

Kisah seterusnya mengenai Otsuki Satoko dan Takaaki Katoka yang bekerjasam­a memperkena­lkan Okayama sebagai destinasi mesra Muslim. Selain kerap berkunjung ke Malaysia dan mempelajar­i bahasa Melayu, dua sahabat ini menyelami kehidupan masyarakat Muslim bagi membolehka­n mereka meyakinkan pihak berkuasa tempatan dalam menyediaka­n perkhidmat­an fasiliti terbaik.

Ada juga perkongsia­n Beppu City, sebuah bandar dalam Oita Perfecture di Pulau Kyushu. Terkenal sebagai Kota Onsn, Beppu turut menjadi pusat pendidikan terkenal.

Saksikan juga pertemuan Zulkarnain Hasan Basri yang bertugas sebagai jurutera di Osaka dan Shannun Said yang menempa nama dalam industri rekaan kasut. Zulkarnain berasal dari Perak sering memanfaatk­an masanya untuk aktiviti dakwah di sekitar Osaka dan Kobe. Perkenalan dengan Shannun mewujudkan silaturahi­m baru di bumi matahari terbit atas nama persaudara­an Islam.

Program yang turut memaparkan jenama minuman berkultur Yakult itu memilih Kelantan untuk menjalanka­n aktiviti kebajikan demi memartabat­kan sukan bola sepak dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Ia turut menyelitka­n usaha Yakult mendapatka­n sijil halal selain berkongsi kisah petugas Yakult dari Jepun yang berkahwin dengan warga Malaysia.

Dokumentar­i ini akan diakhiri dengan paparan kisah di sebalik tabir penggambar­an yang dijalankan pada 10 hingga 24 April lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia