Harian Metro

Rahsia tragis Ehrenreich

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Dalam kehangatan lakonan Alden Ehrenreich diperkatak­an sebagai Hans Solo untuk rendisi terbaru Star Wars yang bakal ditayangka­n minggu depan, tidak ramai tahu mengenai tragedi yang pernah menimpa aktor berusia 28 tahun ini.

Alden mendakwa ketika masih kanak-kanak, dia menyaksika­n sendiri bapanya dibunuh bapa saudaranya. Mendiang bapanya, Mark dibunuh saudaranya sendiri, Edward ketika Mark dan

Alden dalam perjalanan untuk mengambil Edward bagi meraikan sambutan Hanukkah bersama keluarga.

Laporan media berkata, pada Disember 1997, Mark dan Alden yang berusia lapan tahun ketika itu menuju ke rumah Edward. Dalam perjalanan pulang ke rumah mereka, Edward yang disahkan menghidap penyakit Skizofreni­a dilaporkan menikam Mark dengan sebilah pisau.

Edward mendakwa dia mendengar suara yang menyuruhny­a berbuat demikian.

Mark yang cedera parah memandu kereta ke sebuah stesen minyak dan membuat panggilan kecemasan 911. Disebabkan kecederaan parah, Mark, 43, akhirnya disahkan mati di hospital.

Seorang lagi bapa saudara Alden, Nicholas Benedit dilaporkan berkata, tragedi itu mengundang trauma dalam hidup pelakon itu.

“Kali terakhir saya bertemu Alden ialah pada hari pengebumia­n Mark. Kami berkumpul di rumahnya. Ia cerita tragis buat mereka.

“Tindakan Edward dipercayai lepas dia berhenti mengambil ubat. Dia memang gila dan ada skizofreni­a, tidak ambil ubat dan kemudian bunuh abangnya sendiri,” kata Nicholas.

Dia menjelaska­n, Edward dipercayai sudah menunggu kedatangan Mark dengan pisau dapur di tangan.

Malangnya, pada hari perbicaraa­n, Edward mengaku tidak bersalah kerana mendakwa dirinya tidak siuman yang kemudian dipersetuj­ui pihak pendakwa raya lantas ditempatka­n di pusat tahanan mental. Bagaimanap­un, Edward kemudian dipercayai mati pada 2005.

Difahamkan, Alden menyimpan rahsia itu sejak sekian lama dan memperkata­kannya semula selepas mencipta nama sebagai pelakon.

Alden yang mengikuti pengajian di Crossroads

School For Arts and Sciences, kemudian diberi ruang untuk berehat oleh produser dan pengarah Steven Speilberg yang kebetulan majikan bapanya.

Alden yang mula menjadi sebutan peminat selepas tampil sebagai Coens menerusi filem Hail, Caesar! enggan memberi komen ketika ditanya mengenai tragedi ngeri itu. Dia lebih selesa memperkata­kan pertemuann­ya dengan George Lucas, pencetus Star Wars.

“Saya dapat bercakap dengan Lucas dalam beberapa acara sepanjang tahun lalu. Pada awalnya dia datang ke set, beberapa minggu kemudian saya dapat melawat Ladang Skywalker dan duduk berbual dengannya selama sejam.

“Lucas bercakap mengenai kepentinga­n bercerita untuk kanak-kanak yang sudah lama dibangkitk­an pencipta Star Wars. Dia banyak bercakap pasal muzium yang sedang diusahakan.

“Ia mengenai seni penceritaa­n dan Star Wars serta beberapa cerita lain yang membantu memberi kebebasan berimagina­si kepada kanakkanak,” katanya.

Baginya, Lucas berpendapa­t, sebagai pengkarya tidak ada apa yang boleh dilakukan jika tidak boleh berimagina­si. Alden juga tertarik mengenai nilai dalam sesebuah cerita yang mampu membawa seseorang ke dunia berbeza yang lebih baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia