Harian Metro

MENCARI KEREDAAN ALLAH

-

Alhamdulil­lah, Ramadan kali ini saya bersederha­na dalam semua perkara. Saya berazam menjaga setiap tindak tanduk dalam pergaulan, amalan dan percakapan.

Baru-baru ini, rakyat

Malaysia selesai menjalanka­n tanggungja­wab sebagai pengundi bagi menentukan kepemimpin­an negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Antara perkara membuka mata saya adalah kita semua tidak selalunya berada di atas dan disukai orang, walaupun apa yang kita buat itu perkara baik.

Setiap kali Ramadan, setiap orang mempunyai matlamat yang sama iaitu mencari keredaan

Allah SWT, mengumpul sebanyak boleh pahala dan mendapatka­n keampunan Allah.

Saya akui, himpitan kehidupan membuatkan kita tidak fokus melakukan amal ibadat dengan baik. Banyak perkara yang difikirkan menyebabka­n tidur jadi tidak menentu.

Kehadiran Ramadan pasti dapat membantu untuk tidak terlalu memikirkan hal keduniaan.

Rehatkan fikiran dan anggota badan dengan berpuasa. Sebenarnya, sejak zaman kanak-kanak saya sentiasa merindui kedatangan Ramadan walaupun ketika itu saya bukan beragama Islam.

Saya dapat lihat kemeriahan­nya. Pada papan notis masjid tertera nama orang yang memberi sumbangan sepanjang Ramadan. Di lantai masjid dibentang seperah (kain) untuk hidangan berbuka puasa.

Orang masjid beritahu saya ketika itu, kalau tolong hidangkan juadah berbuka untuk orang berpuasa, kita juga dapat pahala sama seperti mereka.

Saya mendengar tazkirah di masjid, sebelum masuk waktu berbuka puasa banyakkan berdoa kerana ia antara waktu mustajab untuk berdoa.

Saya juga ada memohon doa tetapi ketika itu masih kanakkanak. Apa yang saya doakan adalah supaya sentiasa dapat kawan-kawan yang baik.

Alhamdulil­lah, mungkin berkat doa daripada masyarakat ketika itu Allah campakkan hidayah Islam dalam diri saya.

Selepas kembali kepada fitrah Islam, tahun pertama saya solat

Atur masa laksana solat Tarawih

tidak semestinya di masjid

Tarawih di rumah anak-anak yatim. Di situ, saya belajar ilmu fardu ain. Memang seronok apabila dapat solat Tarawih berjemaah bersama anak-anak yatim.

Setahun kemudian, selepas berkahwin saya bersama isteri mengerjaka­n solat Tarawih di masjid. Sekiranya ada penggambar­an, sementara menunggu babak saya berlakon, isteri menyaranka­n saya mengerjaka­n solat Tarawih.

Islam sangat mudah jika difahami. Allah hendak beri kita ganjaran, jangan pula kita lepaskan peluang itu begitu saja.

Bagi peniaga seperti saya, biasanya saya akan melaksanak­an solat Tarawih di butik.

Bagaimanap­un, solat berjemaah di masjid adalah satu bonus bagi mereka yang tidak bekerja pada waktu malam.

Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirah­at.

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat Isyak. Biasanya duduk berehat selepas mengerjaka­n empat rakaat solat Tarawih, sebelum disambung semula.

Jadi pandai-pandailah mengatur masa untuk melaksanak­an solat Tarawih. Tidak semestinya dilakukan di masjid saja.

Jangan pandang sebelah mata jika ada peniaga seperti kami tidak pergi masjid untuk solat Tarawih. Yang penting, jangan sampai tidak melakukan solat Tarawih yang cuma datang setahun sekali ini.

Senyum selalu,

Selalu bersangka baik, Insya-Allah hati tenang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia