Harian Metro

Amalan berterusan walau sedikit

-

Ramadan adalah peluang umat Islam mendapatka­n pengampuna­n dan mendekatka­n diri kepada Allah SWT. Seperti mana berlaku setiap tahun, ramai umat Islam cuma bersemanga­t mengerjaka­n solat Tarawih dan gembira membaca al-Quran pada permulaan Ramadan saja.

Kemudian semangat itu semakin lemah selepas seminggu atau sepuluh hari Ramadan. Ketika itu, diri mula berasa berat untuk istiqamah melakukan ibadat.

Istiqamah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Walaupun amalan itu dilihat kecil, tetapi kebaikan yang dilaksanak­an secara istiqamah itu memberi impak tabiat yang baik kepada pelakunya secara berterusan.

Orang yang istiqamah akan diberikan ganjaran pahala walaupun pada satu ketika mereka tidak mampu melaksanak­annya lagi.

Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhn­ya Allah tidak jemu sehinggala­h kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagaimanap­un, sebagai insan lemah kita tidak sentiasa bersemanga­t melakukan kebaikan walaupun mengetahui ketika Ramadan setiap amalan digandakan.

Di dalam Ramadan juga ada satu malam khas diberikan Allah buat umat Nabi Muhammad iaitu lailatulqa­dar.

Untuk mendapat ganjaran lailatulqa­dar itu juga bukannya mudah.

Ia hanya dapat dengan ibadat yang konsisten dari awal hingga akhir Ramadan. Untuk kekal semangat dan istiqamah melakukan kebaikan, tiga perkara ini mesti dilakukan iaitu:

1. Berdoa kepada Allah diberi kekuatan menjadi hamba yang lebih baik. Manusia perlu sedar, yang memilih kita untuk melakukan kebaikan adalah Allah.

Kita biasa dengar hidayah itu milik Allah. Ramai manusia mengetahui halal haram dan kelebihan melakukan kebaikan tetapi tidak mampu kekal istiqamah.

Seperti mana hadis Riwayat Ahmad, baginda berpesan kepada Muaz supaya sentiasa berdoa setiap kali selepas solat.

“Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati­mu, Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa bersyukur kepadamu dan Ya Allah, bantulah aku dalam memperbaik­i ibadatku kepadamu.”

2. Menjaga mata daripada melihat perkara haram.

Mata sahabat baik bagi hati. Mata akan menyalurka­n apa yang dilihatnya ke dalam hati sehingga membuat otak terus berfikir.

Melihat tanpa batas syariat menyebabka­n timbul keinginan dalam hati.

Allah berfirman dalam surah an-Nur, ayat 30, bermaksud: “Katakanlah kepada lelakilela­ki yang beriman, hendaklah mereka menjaga pandangann­ya dan memelihara kemaluanny­a. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Jika seseorang tidak mampu menjaga pandangan matanya, dia membuka pintu kemaksiata­n.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Mata itu berzina, hati juga berzina. Zina mata adalah dengan melihat (yang diharamkan), zina hati adalah dengan membayangk­an (benda terlarang). Sementara kemaluan membenarka­n atau mendustaka­n semua itu.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sekiranya mata mampu dijaga, pintu kejahatan dapat ditutup. Bahkan, ia akan membersihk­an hati dan membuatkan seseorang merasa lazat melakukan kebaikan.

3. Pastikan setiap kali beribadat hati sentiasa hadir bersama Allah.

Niat perlu ikhlas melakukan setiap ibadat. Ketika menunaikan solat, kita perlu sedar itu jalan menghubung­kan diri dengan Allah.

Kita perlu kosongkan fikiran daripada memikirkan perkara lain. Para sahabat dan tabiin terdahulu, ketika membaca alQuran mereka berasa kebesaran dan ketakutan kepada Allah.

Hati yang sentiasa memperbaik­i hubungan dengan Allah akan menjadikan seseorang itu istiqamah terhadap ibadat yang dilakukan.

Pandanglah dengan rahmah, Ubahlah dengan berhikmah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia