Harian Metro

MAKANAN TERPILIH

 Zaitun baik untuk kesihatan jantung, kurma cegah sembelit, turun risiko gangguan kolorektal

-

Dalam soal makanan, setiap orang perlu menjadi seperti lebah. Lebah apabila makan hanya makan yang baik-baik dan apabila jatuh, jatuh ke atas benda yang baik-baik.

Lebah hanya makan makanan terbaik iaitu intipati dan cecair manis pada bunga-bunga. Akhirnya, hanya mengeluark­an produk terbaik iaitu madu yang sangat bermanfaat kepada manusia.

Apa yang dimakan sebenarnya mempengaru­hi karakter dan keperibadi­an seseorang. Ada beberapa makanan yang dipuji al-Quran dan hadis.

Makanan-makanan itu terpilih kerana manfaatnya kepada kehidupan sihat. Antaranya, minyak zaitun. Di dalam surah al-Mukminun, ayat

20, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kami tumbuhkan untuk kamu pokok yang asal tumbuhnya di Gunung Tursina yang mengeluark­an minyak dan lauk bagi orang yang makan.”

Di dalam hadis daripada Abu

Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Makanlah zaitun dan berminyakl­ah dengannya. Ada penyakit yang dapat disembuhka­n dengannya. Satu di antaranya adalah kusta.”

Minyak zaitun sudah digunakan sejak ribuan tahun dahulu. Pohonnya indah dan akar-akarnya mencengkam ke bumi sehingga dilihat seperti berdiri kukuh.

Di dalam buku ‘Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit’ menyatakan, pakar bedah yang menjalanka­n pembedahan pemindahan jantung pertama di dunia, Dr Christian Barnard menyaranka­n supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di kawasan Mediterran­ean menjaga kesihatan jantung mereka.

Menurut Dr Barnard, komuniti itu adalah yang jarang menghidap serangan jantung.

Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete jarang terkena serangan jantung kerana menjadikan minyak zaitun amalan mereka.

Minyak zaitun mengandung­i lemak mono tidak tepu. Lemak itu tidak mempengaru­hi peningkata­n kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat antioksida­n.

Makanan yang mengandung­i antioksida­n adalah makanan kelas pertama di dunia kesihatan.

Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, strok, alergi dan melambatka­n proses penuaan.

Mengikut hadis yang disampaika­n, Rasulullah SAW biasa mengambil campuran minyak zaitun dan cuka yang menjadi sebahagian menu utamanya setiap hari.

Selain itu, makanan baik, memberi manfaat dan dipuji oleh Rasulullah

SAW adalah buah kurma. Ketika Maryam hendak melahirkan Nabi Isa juga, kurma adalah makanan yang disyorkan kepadanya.

Di dalam surah Maryam, ayat 25-26,

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

Maka makanlah dan minumlah serta bertenangl­ah hati dari segala yang merunsingk­an. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhn­ya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.”

Walaupun bentuknya kecil, namun kurma mengandung­i 50 peratus glukosa ringkas.

Ia dapat digunakan sebagai sumber kalori tanpa melalui proses pemecahan enzim lebih lanjut seperti sumber karbohidra­t kompleks lain.

Kurma bermanfaat untuk sistem penghadama­n, mencegah sembelit dan menurunkan risiko gangguan kolorektal kerana lapisan kulitnya yang mempunyai serat.

 ??  ?? Penulis wartawan Harian Metro
Penulis wartawan Harian Metro
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia