Harian Metro

TAK MANIS DIKONGSI

Bella mahu ambil positif enggan kongsi punca berpisah dengan Nazim

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

“Saya kena reda, positif dan move on,” demikian kenyataan pelakon Bella Dally mengenai berita perceraian­nya dengan pelakon Nazim Othman baru-baru ini.

Bella, 26, tidak menafikan berasa perit dengan keputusan itu, namun bersyukur apabila mendapat sokongan serta kata-kata semangat daripada orang terdekat.

“Saya berusaha untuk tidak memikirkan mengenainy­a. Alhamdulil­lah saya ada keluarga dan rakan yang bertanya khabar serta keadaan saya.

“Sekarang, saya tidak perlu cakap banyak. Semua sudah tahu status saya dengan Nazim. Apa puncanya, tak manis untuk dikongsi. Cukup setakat apa yang semua sudah maklum,” katanya sewaktu ditemui di karnival Celebfest, di sini.

Pelakon kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, itu turut menafikan tindakanny­a kerap pulang ke kampung halaman sendirian kebelakang­an ini disebabkan ketegangan yang berlaku antara mereka.

Kata Bella, dia kerap pulang Sabah disebabkan ingin menjenguk keluarga tersayang terutama ibu bapanya.

“Saya sangat rapat dengan mereka (keluarga). Sementara mereka masih ada, baik saya gunakan sebaiknya kesempatan itu untuk pulang Sabah.

“Selain itu, saya mahu berjumpa ramai kawan saya di sana,” katanya.

Terdahulu, Nazim dan Bella mengesahka­n mereka sudah bercerai menerusi kenyataan di Instagram pada 17 Mei lalu.

Nazim dan Bella berkahwin pada September 2016 dan belum dikurniaka­n cahaya mata.

“Apa puncanya, tak manis untuk dikongsi. Cukup setakat apa yang semua sudah maklum

Bella Dally

 ??  ?? BELLA dan Nazim.
BELLA dan Nazim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia