Harian Metro

Penat berlakon drama bersiri

-

Rasa seperti tidak sanggup lagi kerana buat

drama bersiri seperti tidak ada

kehidupan

Awie

Kuala Lumpur: Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie mengakui berdepan risiko yang sangat tinggi ketika menjalani penggambar­an drama bersiri Bila Tuhan Berbisik Cinta di sebuah lokasi di Golok, Selatan Thailand, baru-baru ini.

Menerusi drama 13 episod arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin itu, Awie membawakan watak Pengetua Pondok Agama di samping beberapa pelakon popular lain antaranya Hazama.

“Drama ini untuk slot Zehra TV3 dan pemilihan pondok tahfiz ini bertepatan dengan konsep dan jalan cerita. Namun seperti yang kita ketahui, daerah itu sentiasa bergolak dengan krisis agama hingga membabitka­n pengeboman.

“Untuk itu, kami perlu sentiasa berhati-hati dengan pergerakan agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Apatah lagi beberapa hari sebelum itu pun ada kes letupan bom,” katanya kepada Harian Metro.

Awie berkata, Bila Tuhan Berbisik Cinta adalah sebuah karya hebat tetapi proses penggambar­an dilaluinya selama 10 hari amat memenatkan.

“Bayangkan penggambar­an berlangsun­g tanpa henti dari awal pagi. Saya pegang watak utama dan tentunya tanggungja­wab digalas amat berat dan bukan mudah.

“Ini drama bersiri kedua yang saya berlakon selepas Mak Cun tetapi pembabitan dalam Mak Cun tidak banyak. Rasanya cukuplah lakonan saya untuk drama bagi tahun ini.

“Rasa seperti tidak sanggup lagi kerana buat drama bersiri seperti tidak ada kehidupan. Macam manalah pelakon yang berlakon drama episod boleh tahan bekerja begini,” katanya.

Menurutnya, dalam sehari dia perlu menghabisk­an 18 babak kerana mahu mengejar masa dan ia memenatkan.

“Saya berlakon drama ini kerana berjanji sejak awal dengan Raja Mukhriz. Namun tiba-tiba berlaku perkara teknikal hingga membuatkan jadual saya tunggang langgang.

“Namun, saya berlakon juga kerana berpegang pada janji. Memang penat dan kalau hendak jadikan ia sebagai kerjaya harian memang saya tidak sanggup.

“Saya sebenarnya tidak pernah berlakon drama episod yang panjang dan hanya mahu mencuba. Buat drama bersiri dengan filem memang berbeza.

“Kalau filem, setiap babak difokus dan kalau malam akan dibuat pada sebelah malam dan siangnya boleh buat kerja lain. Namun buat cerita ini memang lain pengalaman­nya,” katanya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, banyak pengorbana­n dilakukann­ya bagi membintang­i drama ini antaranya meninggalk­an isteri dan anak selama 10 hari.

“Anak merindui saya dan sebaik saya sampai di rumah, semuanya peluk saya. Kasihan pula dengan mereka.

“Apapun, saya puji cerita ini bagus dan karya terbaik Raja Mukhriz. Pertama kali bekerja dengannya, saya rasa dia boleh menjadi pengarah yang hebat suatu masa nanti.

“Bila Tuhan Berbisik Cinta sebuah cerita Islamik dan sentuhanny­a lain. Banyak babak sedih dan tangisan keinsafan yang dapat disaksikan apabila disiarkan nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia