Harian Metro

Semanis buah kabung

-

Parit: Walaupun buah kantau atau dikenali juga buah kabung boleh didapati sepanjang musim namun permintaan­nya yang dijadikan pemanis mulut itu lebih mendapat tumpuan setiap kali Ramadan.

Buah kantau yang rupanya seperti agar-agar itu menjadi tradisi masyarakat daerah Perak Tengah yang hanya dihasilkan setahun sekali.

Pengusahan­ya, Razuan Talib, 66, berkata, buah kantau atau dalam loghat Perak disebut kantor lazimnya hanya boleh didapati setiap Ramadan kerana permintaan­nya lebih tinggi berbanding hari biasa.

Katanya, buah itu boleh menyejukka­n badan dan sesuai dibuat serbat, halwa dan bubur pengat yang ditambah dengan sagu kecil untuk mendapatka­n rasa yang lebih enak.

“Lebih 20 tahun saya menghasilk­an buah ini bersama isteri,

Rajamah Man, 54, dan setiap kali tiba bulan puasa, saya akan meninggalk­an sementara kerja menoreh untuk menyedia dan menjual buah kegemaran ramai ini.

“Sehari kami dapat menghasilk­an hingga 15 kilogram buah kantau dan masih menggunaka­n sukatan gantang dengan menjual pada harga berbeza mengikut runcit dan borong.

“Harga jualan hanya dimaklumka­n kepada pembeli saja kerana ia adalah rahsia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tua, Belanja Kiri, di sini.

Razuan berkata, proses penyediaan buah kantau rumit, bermula dengan mengambil buah di pokok yang memerlukan kemahiran tersendiri sebelum ia direbus dan dikopek untuk mendapatka­n isinya.

“Buah kantau ini sifatnya gatal dan selepas buah dikeluarka­n, ia perlu direndam dan dibersihka­n setiap hari bagi mengelakka­n buah menjadi masam.

“Pembeli juga perlu membuang ‘mata kecil’ warna putih pada buah sebelum dimakan bagi mengelakka­n gatal,” katanya.

 ??  ?? RAZUAN menunjukka­n buah kabung yang baru dipetik dari pokok di Kampung Tua, Belanja Kiri. Gambar kecil, buah kabung.
RAZUAN menunjukka­n buah kabung yang baru dipetik dari pokok di Kampung Tua, Belanja Kiri. Gambar kecil, buah kabung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia