Harian Metro

KEJUTAN ENAM TAHUN

- Azahar Hashim cnews@nstp.com.my

“Air naik terlalu cepat dan tak sempat nak selamatkan barang termasuk cadar bilik pengantin anak perempuan saya yang bakal dilangsung­kan pada Aidilfitri keempat nanti,” kata Othman Akhir, 65, menceritak­an banjir kilat yang melanda Kampung Teluk Sera, Lubuk Buntar di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, hujan lebat hampir sejam menyebabka­n beberapa rumah di kampung terbabit ditenggela­mi air sedalam 0.5 meter.

Othman berkata, kejadian itu kali pertama berlaku selepas hampir enam tahun kampung terbabit tidak dilanda banjir kilat.

Katanya, air hanya memenuhi di halaman dan tidak masuk ke dalam rumah jika hujan lebat sebelum ini.

“Namun kejadian petang semalam (kelmarin), kami tidak sangka air naik begitu tinggi sehingga masuk ke dalam rumah menyebabka­n kami panik dan tidak sempat menyelamat­kan harta benda.

“Kami hanya sempat menyelamat­kan barang yang terlintas di fikiran kerana kejadian sangat pantas tambahan sudah lama tidak berlaku banjir kilat di kampung ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia bersama isteri, Mashitah Kuraisim, 60, ketika itu berada di ruang tamu dan hanya memantau paras air di luar rumah.

“Namun selepas 45 minit hujan, tiba-tiba paras air naik menyebabka­n kami kelam-kabut menyelamat­kan harta benda terutama peralatan elektrik.

“Dalam keadaan panik mujur segala persiapan perkahwina­n anak perempuan di dalam bilik tidak rosak kerana diletakkan di atas almari tetapi cadarnya di bawah almari rosak,” katanya.

Menurutnya, perabot dan barang lain seperti tikar getah yang baru dibeli awal tahun ini turut rosak terkena lumpur.

“Air dipercayai turun dari bukit berhampira­n amat deras sehingga kolah konkrit di luar rumah hanyut dibawa arus.

“Motosikal saya turut dibawa arus manakala kereta Perodua Kancil di halaman rumah dimasuki air,” katanya.

Penduduk panik dilanda banjir kilat selepas hujan

mencurah 45 minit

 ??  ?? RUMAH mangsa yang dimasuki air secara mendadak.
ZAIDI Othman menunjukka­n tikar getah yang dibuang setelah rosak terkena air lumpur akibat banjir kilat.
RUMAH mangsa yang dimasuki air secara mendadak. ZAIDI Othman menunjukka­n tikar getah yang dibuang setelah rosak terkena air lumpur akibat banjir kilat.
 ??  ?? KEADAAN rumah mangsa yang terjejas dan kerosakan harta benda akibat banjir kilat di Kampung Teluk Sera, Lubuk Buntar.
KEADAAN rumah mangsa yang terjejas dan kerosakan harta benda akibat banjir kilat di Kampung Teluk Sera, Lubuk Buntar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia