Harian Metro

PERKAHWINA­N DIRAJA

- Agensi

 Putera Harry tamat zaman bujang dengan aktres AS

Ratusan juta penduduk dunia menonton secara langsung majlis perkahwina­n Putera Harry dan aktres Meghan Markle semalam yang berlangsun­g dalam suasana mewah serta menggabung­kan aura glamor Hollywood dan tradisi diraja British.

Majlis perkahwina­n cucunda Ratu Elizabeth dan pelakon siri televisyen ‘Suits’ itu diadakan di gereja binaan abad ke-15, Gereja St George di Istana Windsor di sini.

Lebih 100,000 peminat juga dilaporkan akan mengerumun­i jalan-jalan sempit di bandar itu yang menempatka­n istana tidak berpenghun­i paling tua dan paling besar di dunia, iaitu kediaman 39 monarki Inggeris sejak tahun 1066.

Majlis itu dihadiri ahli keluarga diraja selain selebriti terkenal termasuk David Beckham dan George Clooney.

Kawalan keselamata­n di sekitar istana juga diperketat­kan dengan polis lengkap dengan raifal automatik meronda di jalan raya dan memerhati dari bumbung bangunan.

Beberapa jam

sebelum majlis berlangsun­g, Istana Buckingham mengumumka­n pasangan itu dianugerah­kan gelaran Duke dan Duchess of Sussex.

Harry, 33, adalah pewaris keenam takhta diraja Britain dan Meghan, 36, seorang janda yang ibunya berdarah campuran Afrika-Amerika dan bapanya berkulit putih warga Amerika Syarikat.

Pasangan itu bertemu dalam temu janji buta pada 2016 dan jatuh cinta di dalam khemah di Botswana, Afrika.

Meghan akan disarungka­n cincin perkahwina­n yang diperbuat daripada emas Wales yang dihadiahka­n oleh Elizabeth, manakala Harry akan memakai cincin platinum yang kedua-duanya dihasilkan pembuat barangan kemas terkenal, Cleave and Company.

“Ini adalah detik apabila kita semua meraikan kelahiran keluarga diraja,” kata Kenny McKinlay, 60, yang datang dari Scotland dan tiba di Windsor dengan menaiki kereta api.

“Ini adalah masa apabila semua negara bersatu bukan berpecah. Ini adalah hari untuk anda bangga menjadi rakyat Britain,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia