Harian Metro

100 PENUMPANG TERKORBAN

Pesawat Boeing 737 terhempas ketika baru berlepas

- Reuters

Lebih 100 penumpang maut, manakala tiga lagi terselamat selepas sebuah pesawat penumpang jenis Boeing 737 terhempas sebaik berlepas di lapangan terbang Jose Marti di Havana, kelmarin.

Semua penumpang terbabit menaiki penerbanga­n domestik dari Havana menuju ke Holguin di timur Cuba sebelum dilaporkan terhempas pada jam 12.08 tengah hari (waktu tempatan).

Jabatan Pengangkut­an Mexico memberitah­u, pesawat itu mengalami masalah ketika baru berlepas sebelum terjunam ke darat.

Mereka yang maut membabitka­n seramai 105 penumpang termasuk lima kanak-kanak serta kru pesawat, lapor media tempatan.

Media tempatan juga melaporkan, lima daripada penumpang termasuk kru pesawat itu adalah rakyat asing.

Ia disahkan kerajaan Mexico yang memberitah­u rakyat mereka adalah antara penumpang terbunuh dalam nahas terbabit.

Presiden Miguel Diaz-Canel dalam satu kenyataan menerusi stesen televisyen berkata, kemalangan berkenaan adalah berita buruk buat negaranya, berikutan jumlah kematian yang tinggi.

“Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran pada pesawat itu dan pihak berkuasa berusaha mengenal pasti semua mayat.

“Punca nahas masih belum diketahui dan ia masih dalam siasatan,” katanya.

Saksi kejadian yang mengendali­kan restoran berhampira­n lokasi kejadian di kawasan pertanian Boyeros, Gilberto Menendez berkata, dia dan pelanggan terdengar letupan kuat sebelum ternampak kepulan asap tebal.

Sementara itu, Pengarah Hospital Calixto Garcia Havana, Carlos Alberto Martinez memberitah­u Reuters bahawa empat mangsa dihantar untuk rawatan, namun seorang daripada mereka meninggal dunia.

Katanya, tiga wanita yang terselamat itu berada dalam keadaan kritikal.

 ??  ?? PASUKAN penyiasat memeriksa bangkai pesawat Boeing-737 yang terhempas tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Jose Marti di Havana, Cuba kelmarin. Gambar kecil, pasukan paramedik membawa seorang penumpang yang terselamat ke hospital untuk...
PASUKAN penyiasat memeriksa bangkai pesawat Boeing-737 yang terhempas tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Jose Marti di Havana, Cuba kelmarin. Gambar kecil, pasukan paramedik membawa seorang penumpang yang terselamat ke hospital untuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia