Harian Metro

Arab Saudi tahan tujuh aktivis wanita

-

Pihak berkuasa Arab Saudi menahan tujuh aktivis wanita berpengaru­h, beberapa minggu sebelum larangan memandu untuk golongan wanita ditarik semula.

Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) dalam satu kenyataan berkata, alasan penahanan itu tidak diketahui, namun mereka pernah dimaklumka­n oleh seorang aktivis pada September 2017 bahawa dia diberi amaran untuk tidak membuat sebarang kenyataan kepada media.

“Amaran itu diberikan pada hari yang sama dengan pengumuman penarikan semula larangan memandu terhadap golongan wanita oleh pihak berkuasa Arab Saudi,” kata badan pemantau berkenaan.

Antara aktivis ditahan sejak empat hari lalu ialah Loujain al-Hathloul, Aziza al-Yousef dan Eman al-Nafjan yang sebelum ini lantang membantah larangan memandu serta undang-undang penjaga, iaitu peraturan mewajibkan golongan wanita mendapat kebenaran daripada bapa, abang, adik lelaki, suami atau anak lelaki sebelum membuat keputusan penting dalam hidup.

Antaranya, membuat pasport antarabang­sa, melancong ke luar negara, melanjutka­n pelajaran ke luar negara atas biasiswa kerajaan atau melangsung­kan perkahwina­n.

Pengarah HRW bagi Asia Barat, Sarah Leah Wilson berkata, kempen reformasi yang dilancarka­n Putera Mahkota Mohammed bin Salman menimbulka­n kegusaran dalam kalangan pejuang reformasi tulen Arab Saudi yang berani bersuara terhadap isu hak asasi manusia atau pemerkasaa­n wanita.

“Kelihatan di sini bahawa satu-satunya ‘jenayah’ yang dilakukan golongan aktivis ini ialah mahu wanita diberi kebenaran memandu lebih awal sebelum perkara berkenaan mendapat kebenaran Putera Mohammed Salman,” katanya merujuk kepada putera mahkota paling berkuasa itu.

Sementara itu, kumpulan hak asasi antarabang­sa mengutuk tindakan menahan tujuh aktivis terbabit yang sebelum ini memperjuan­gkan hak memandu bagi wanita di Arab Saudi.

Amnesty Internatio­nal dan HRW mendesak pihak berkuasa segera membebaska­n semua aktivis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia