Harian Metro

GAYA ‘HOOK’ PILIHAN LUKMAN

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Lebih konsisten peroleh strike, Rafiq jadi inspirasi pemain bowling lelaki terbaik B-12 MSSPP 2017 untuk terus berjaya

Impiannya cuma satu, mahu mengharumk­an nama negara ke peringkat tertinggi dalam sukan bowling.

Sokongan ibu bapa antara faktor utama mendorong Nyak Ahmad Lukman Nyak Mazlan (gambar) bermain sukan itu.

Pemain berusia 13 tahun itu memasang impian untuk mewakili negara hingga bergelar juara dunia. Menjadikan Rafiq Ismail sebagai idolanya, Lukman berharap kejayaanny­a dalam sukan dan pelajaran berjalan seiring.

Ikuti temu bual berkisar perjalanan Lukman dalam mengorak langkah untuk bergelar pemain kebangsaan satu hari nanti bersama Metro Ahad. Soalan (S): Ceritakan kepada pembaca Metro Ahad sejak bila anda mula bermain bowling dan siapa individu bertanggun­gjawab dalam memperkena­lkan anda kepada sukan ini?

Jawapan (J): Kami adik-beradik diperkenal­kan dengan bowling sejak kecil lagi kerana bowling adalah aktiviti keluarga pada masa lapang. Minat terhadap bowling semakin serius bila selalu mengikuti kakak kedua saya, Nyak Nur Athirah bermain bowling dan ketika itu dia mewakili Pulau Pinang sewaktu berumur 10 tahun. Ibu dan bapa menghadiah­kan bola bowling, kasut dan beg sebagai perangsang untuk saya bermain bersungguh-sungguh. Alhamdulil­lah, saya terpilih mewakili pasukan bowling Pulau Pinang B-12 sejak umur 11 tahun hingga sekarang.

S: Bagaimana anda membahagik­an masa antara pelajaran dan sukan bowling? J: Jadual waktu harian saya amat padat.

Waktu latihan bowling bersama pasukan Pulau Pinang tiga kali seminggu pada sebelah petang. Saya perlu berlatih bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam setiap pertanding­an bowling peringkat kebangsaan seperti Piala Remaja MILO dan Sirkit Bowling Remaja Kebangsaan yang berlangsun­g hampir setiap bulan. Waktu belajar saya gunakan sepenuhnya untuk menghabisk­an kerja sekolah dan mengulangk­aji. Terima kasih kepada guru dan rakan yang membantu.

S: Gaya balingan apakah yang anda paling minat dalam permainan

bowling dan kenapa anda menggunaka­n gaya ini?

J: Gaya balingan ‘hook’ menjadi pilihan kerana cara ini lebih konsisten dan peluang menjatuhka­n semua pin atau strike lebih tinggi.

S: Anda rasa di mana anda 10 tahun dari sekarang?

J: Saya mahu jadi pemain nombor satu Malaysia dan berjuang untuk negara tercinta serta berjaya di peringkat antarabang­sa.

S: Siapa idola anda dalam sukan ini dan mengapa anda memilihnya sebagai idola?

J: Ramai pemain

hebat dan terkenal di dunia, tapi saya menjadikan Rafiq Ismail sebagai idola saya. Kali pertama bertemu dengannya ketika saya bertanding pada Sirkit Remaja Kebangsaan di Melaka. Masa itu saya berumur 11 tahun. Saya selalu mengikuti perjalanan kariernya dan sangat teruja dengan pencapaian­nya pada usia muda ini. Saya menjadikan Rafiq sebagai inspirasi dan motivasi untuk terus meningkat.

S: Boleh anda berkongsi kenangan manis dalam sukan bowling?

J: Banyak kenangan manis antaranya dinobat sebagai pemain bowling lelaki terbaik kategori B-12 pada Kejohanan MSSPP 2017, seterusnya mewakili Pulau Pinang dan berjaya merangkul pingat dalam Kejohanan MSSM 2017. Selain itu, bermain bowling di peringkat antarabang­sa pada Kejohanan All Stars di Kuala Lumpur serta kejohanan bowling Antarabang­sa Sarawak. Saya juga pernah bertanding di luar negara seperti Singapura, Australia dan China. Saya mendapat tempat keempat dalam acara Masters Kejohanan Bowling Antarabang­sa Pesta Pulau Pinang.

 ?? FOTO: RAMDZAN MASIAM ?? LUKMAN (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan, Shahmi Daud (dua dari kiri),
Wan Daniel Asyraf Wan Sharil (kanan) dan R Risheram ketika sesi latihan.
FOTO: RAMDZAN MASIAM LUKMAN (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan, Shahmi Daud (dua dari kiri), Wan Daniel Asyraf Wan Sharil (kanan) dan R Risheram ketika sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia