Harian Metro

‘Chong Wei inspirasi skuad negara’

-

menyesuaik­an diri dengan suasana dalam gelanggang. Ia sesuatu yang positif untuk kami,” katanya.

Kempen Piala Thomas dan

Uber akan membuka tirai saingan hari ini, tetapi skuad lelaki dan wanita negara hanya akan turun ke gelanggang, esok. Bangkok: Pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem menegaskan Datuk Lee Chong Wei kekal sebagai sandaran utama Malaysia bagi menghadapi saingan Piala Thomas yang berlangsun­g minggu ini.

V Shem berkata, prestasi Chong Wei mampu mempengaru­hi pasukan yang mana ia juga boleh menentukan keputusan perlawanan.

Walaupun usianya akan mencecah 36 tahun, Chong Wei masih menggalas tugas sebagai perseorang­an pertama negara dan harapan tinggi diletakkan di bahunya pada penampilan terakhirny­a dalam kejohanan berprestij itu.

“Jika Chong Wei tidak memenangi mata pertama, seluruh Malaysia sudah tahu apa yang akan berlaku selepas itu. Saya tidak perlu jelaskanny­a lagi.

“Tahun ini, kami hadir pada kejohanan ini sebagai pasukan bukan pilihan, tapi kami tidak boleh menyerah kalah. Semua pemain ada peranan masing-masing, kami perlu sentiasa yakin,” kata V Shem yang akan menggalas tugas sebagai beregu nombor satu bersama pasanganny­a, Tan Wee Kiong.

V Shem turut menegaskan kekecewaan yang dialami ketika saingan berpasukan campuran pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia April lalu perlu dilupakan dan ia tidak boleh dibandingk­an dengan kempen Piala Thomas.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia