Harian Metro

ISKANDAR TERUJA

-

 Tak sabar turun gelanggang berdepan Russia

Perseorang­an lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin sudah bersedia untuk turun ke gelanggang bagi menghadapi aksi sulung menentang Russia dalam saingan Kumpulan D kempen Piala Thomas, esok.

Iskandar yang membuat penampilan kedua pada kejohanan berprestij itu adalah perseorang­an ketiga terbaik negara, tetapi berpeluang menggalas tugas perseorang­an kedua jika jurulatih membuat keputusan untuk merehatkan bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Situasi itu akan menyaksika­n Lee Zii Jia menggantik­an tempat Chong Wei selaku perseorang­an pertama, manakala Leong Jun Hao akan turun sebagai perseorang­an ketiga.

“Saya sudah bersedia, tapi yang lebih penting adalah semua rakan sepasukan juga sudah bersedia.

“Jurulatih sering menekankan tiada penumpang dalam pasukan ini. Semua orang ada tanggungja­wab masing-masing.

“Saya berada pada tahap prestasi terbaik sekarang dan tidak sabar untuk memulakan aksi. Saya juga percaya, penting untuk kami sentiasa berbincang dengan jurulatih mengenai apa yang kami perlu lakukan,” kata Iskandar ketika ditemui di Arena Impact di Muang Thong Thani di sini, semalam.

Selain

Russia,

Malaysia turut diundi menentang juara bertahan, Denmark dan Algeria.

Selepas berpeluang menguji gelanggang sebenar kejohanan buat kali pertama sejak tiba di Bangkok Khamis lalu, Iskandar memberitah­u suasana dalam dewan itu sangat mencabar.

“Kami hanya berpeluang menjalani latihan di gelanggang sebenar hari ini dan saya perlu katakan angin terlalu kuat. Selain itu, lampu juga terlalu terang.

“Namun, saya fikir ia boleh menjadi kelebihan kepada kami kerana masih ada lagi pemain lain termasuk pemain utama yang belum dapat

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia