Harian Metro

Pemain negara pamer semangat luar biasa

-

dua tahun berlalu, kini skuad Piala Thomas dan Uber negara kembali semula untuk menyertai acara berpasukan paling berprestij di dunia itu.

Kedua-dua pasukan sudah tiba di Bangkok. Saya juga ketika ini berada di Thailand untuk melihat persiapan pasukan negara.

Daripada pandangan mata kasar, saya dapat saksikan setiap pemain amat berkobar-kobar untuk menghadapi cabaran edisi kali ini.

Semangat itu dapat dilihat ketika sesi latihan serta menguji gelanggang.

Walaupun kali ini kita menyenarai­kan rata-rata pemain muda, saya lihat ia satu petanda positif untuk sukan negara.

Sebab sampai bila lagi kita terus mengharap kepada pemain senior seperti jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Kalau skuad kita dilihat cukup bersedia, apa kurangnya pasukan lain.

China sebagai contohnya menyenarai­kan pasukan terbaik. Langkah itu dilakukan kerana kegagalan mereka menjulang Piala Thomas dua tahun lalu di halaman sendiri.

Manakala juara bertahan Piala Thomas, Denmark juga berada pada fasa sudah bersedia untuk turun beraksi.

Sudah tentu mereka tampil kali ini dengan mempunyai hanya satu sasaran mempertaha­nkan kejuaraan.

Bagi skuad negara, diharap tiada sebarang kejutan yang boleh menyebabka­n serangan sakit jantung rakyat Malaysia apabila bertemu Russia pada perlawanan pertama mereka esok.

Saya katakan ini kerana Russia bukan calang-calang pasukan. Jika silap percaturan, skuad negara boleh rebah di tangan mereka.

Selain Russia, skuad Piala Thomas negara juga akan bertemu Algeria dan Denmark untuk melengkapk­an perlawanan saingan Kumpulan D.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapka­n selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Ayuh, Malaysia boleh! Jumpa lagi.

 ??  ?? KETUA jurulatih beregu lelaki negara Cheah Soon Kit (tengah) bersama Paulus Firman (dua dari kanan) memberi arahan ketika sesi latihan.
KETUA jurulatih beregu lelaki negara Cheah Soon Kit (tengah) bersama Paulus Firman (dua dari kanan) memberi arahan ketika sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia