Harian Metro

Kim Swee gusar tak cukup pemain

-

Menjelang Sukan Asia Indonesia Ogos depan, sudah ada kebimbanga­n dirasai jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee

(gambar).

Swee.

Melihat kepada situasi itu, persetujua­n awal di antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak pengurusan pasukan negeri dan kelab perlu dicapai bagi mengelak insiden sama berulang kembali.

Ketika mempersiap­kan pasukan menghadapi Kelayakan Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) B23 di Bangkok, Thailand pada Julai tahun lalu, Kim Swee dikejutkan apabila hanya enam daripada 26 pemain yang disenaraik­an melaporkan diri.

Pemain kemudian berjaya dikumpul secara berperingk­at, namun enam pemain utama Haziq Nadzli dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim), Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran (Pulau Pinang) serta Matthew Davies dan Nor Azam Azih (Pahang) tetap tidak mendapat pelepasan untuk bersama pasukan.

Bagaimanap­un dengan kesukaran itu, Kim Swee masih berjaya membawa pasukan melepasi pusingan kelayakan sebelum melakar sejarah mara ke suku akhir AFC B-23 di China awal tahun ini.

Kim Swee berkata, meskipun tempoh singkat dalam mempersiap­kan pasukan ke Sukan Asia kali ini, namun itu bukan masalah buat pemainnya.

“Saya akan berbincang dengan FAM mengenai perancanga­n pasukan minggu depan dan diharap kita akan dapat kerjasama baik semua pihak,” kata bekas jurulatih Harimau Malaya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia