Harian Metro

MANA NAK ‘CEKAU’ DUIT?

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Wan Solihin pertikai keputusan Jawatankua­sa Status FAM,

sedia jumpa di mahkamah

Kuala Lumpur:

Ini kerana beliau mengakui masih belum ada jaminan semua pemain yang akan disenaraik­an nanti bakal mendapat pelepasan pasukan masing-masing memandangk­an temasya sukan itu berlangsun­g ketika kempen Piala Malaysia bermula.

“Saya merancang untuk mengadakan latihan pusat terakhir pada awal Ogos depan, kira-kira 10 hari sebelum pemain berangkat ke Indonesia. Apa yang membimbang­kan jika ada pemain tidak mendapat pelepasan pasukan.

“Jika semua pemain dapat melaporkan diri bagi latihan pusat pada 1 Ogos, saya masih sempat mengadakan satu perlawanan ujian pada 6 Ogos. Cuma saya tidak tahu sama ada saya boleh dapat mengumpul semua pemain memandangk­an Piala Malaysia juga bakal bermula pada awal Ogos,” kata Kim

Timbalan Presiden Kuantan FA, Datuk Wan Solihin Wan Hassan mempertika­ikan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahka­n mereka membayar tunggakan gaji 24 pemain lebih RM762,000 sedangkan pasukan itu sudah digugurkan daripada Liga Malaysia (Liga-M) pada 21 April lalu.

Beliau berkata, keputusan Jawatankua­sa Status FAM yang diumumkan kelmarin seolah-olah langsung tidak mengambil kira keadaan yang dihadapi pihak pengurusan kelab itu.

“FAM minta kami bayar tunggakan gaji pemain, bukan kami tak mahu bayar tapi soalnya di sini, bagaimana kami nak bayar sedangkan pasukan Kuantan FA sudah digantung. Bagaimana kami nak dapatkan duit untuk bayar?

“Pada saya ini keputusan tak logik. Kalau kami tak bayar, mereka akan ambil tindakan, tindakan apa lagi yang mereka nak ambil jika mereka sudah gantung Kuantan FA? Jika FAM mahu bawa perkara ini ke mahkamah, kami bersedia jumpa di mahkamah,” kata Wan Solihin.

Selain Kuantan FA, Jawatankua­sa Status FAM dalam mesyuarat Isnin lalu turut memutuskan kelab PJ Rangers perlu membayar pampasan kontrak sebanyak RM120,000 kepada pemain Abdullah Yusoff manakala Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) pula perlu melunaskan tuntutan gaji 22 pemain sejumlah RM182,000.

Mereka diberikan tempoh selama 30 hari untuk menyelesai­kan segala tuntutan bagi mengelak perkara itu dibawa ke Jawatankua­sa Tatatertib FAM mengikut Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbang­an dan keputusan rasmi.

Kuantan FA tidak dapat meneruskan kempen Liga Perdana musim ini selepas digugurkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) atas kesalahan kelab itu tidak turun beraksi menentang PDRM di Stadium Shah Alam pada 15 April lalu atas masalah kewangan.

Wan Solihin berkata, kesulitan itu dapat dielakkan jika MFL boleh memberi ruang kepada mereka mendapatka­n penajaan sebelum ini.

“Kami berusaha sebelum ini untuk membayar gaji pemain dengan mendapatka­n penaja baru, tapi bila kami nak tandatanga­ni kontrak dengan penaja baru, mereka (MFL) gantung kami, jadi mana kami nak cari duit? Sekarang terpulang kepada FAM untuk ambil tindakan, bukan kami tak nak bayar tapi kami sudah tidak ada sumber kewangan lagi,” jelasnya.

 ??  ?? WAN SOLIHIN
WAN SOLIHIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia