Harian Metro

Sarawak yakin Kerajaan Pusat teruskan agenda

-

Petra Jaya: Kerajaan negeri yakin Kerajaan Pusat akan meneruskan agenda membela lebih 56,000 penerima bantuan kebajikan di Sarawak sebagaiman­a yang dilaksanak­an kerajaan terdahulu.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Kabinet Kerajaan Pusat yang akan mengangkat sumpah esok diharap memberi penekanan khusus terhadap isu pembelaan dan pemerkasaa­n taraf hidup golongan kurang bernasib baik.

“Kerajaan negeri berpendiri­an, bekerjasam­a dalam sistem Persekutua­n yang mana agenda membantu rakyat khususnya warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan golongan miskin perlu diberi perhatian sewajarnya.

“Sehingga Mac lalu, Sarawak mempunyai lebih 56,000 penerima bantuan bulanan kebajikan,” katanya selepas menghadiri Majlis Pembungkus­an Sumbangsih Kuih Raya 2018 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, semalam.

Fatimah berkata, semua program yang memberi manfaat kepada golongan sasar di negeri ini patut diteruskan Kerajaan Pusat.

“Tidak lupa juga usaha pemerkasaa­n wanita dalam segenap bidang,” katanya.

Esok, 14 ahli Kabinet akan mengangkat sumpah jawatan masing-masing dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga.

Sementara itu, Fatimah berkata, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) menjadi dua agensi keselamata­n baru yang menerima bantuan sumbangsih raya tahun ini.

“Secara keseluruha­nnya, kerajaan negeri membelanja­kan RM200,000 bagi memberi bantuan kepada 10 agensi keselamata­n sebagai penghargaa­n terhadap pengorbana­n mereka,” katanya.

Beliau berkata, 8,000 bungkusan kuih raya akan diagihkan mulai 23 Mei ini, dan majlis bakal disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia