Harian Metro

PAHIT MANIS TUGAS JURURAWAT

-

ini,” katanya.

Katanya, selepas menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia mengikuti kursus Diploma Kejururawa­tan di sebuah kolej kejururawa­tan di Kuching.

Roseline berkata, selepas tamat pengajian dia terus mengintai kekosongan sebagai jururawat di hospital dan klinik sekitar negeri itu kerana sedar akan terlepas peluang jika lambat memohon.

“Setiap tahun ramai graduan yang menamatkan pengajian dalam bidang ini, hingga berlaku lambakan tenaga kerja. Maka, saya kena bersaing dengan orang lain.

“Tugas jururawat memang memenatkan dan mencabar termasuk melayan pelbagai kerenah pesakit, namun banyak juga pengalaman menyeronok­kan dilalui,” katanya.

Berkongsi pengalaman­nya, Roseline berkata, dia pernah dimarahi pesakit terutama mereka yang menghidap masalah kesihatan kronik.

Menurutnya, pesakit tidak boleh dipersalah­kan kerana mereka ketika itu dalam keadaan tertekan dan menjadikan jururawat atau ahli keluarga sendiri sebagai sasaran untuk melepaskan kemarahan.

Meskipun sibuk melayan kerenah pesakit, gadis berketurun­an Iban berasal dari Saratok ini sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang peragaan hingga dinobatkan sebagai Kumang Betong 2010.

Katanya, dia menyertai pertanding­an itu sekadar suka-suka dan langsung tidak mempunyai sebarang perancanga­n menjadi model profesiona­l.

“Namun, bagi saya kumang bukan sekadar gelaran yang menjadikan seseorang itu popular semata-mata. Secara peribadi saya percaya setiap kumang perlu menjaga pembawaan diri mereka dan ada tanggungja­wab perlu dilaksanak­an kepada masyarakat.

“Tingkah laku gadis bergelar kumang sentiasa diperhatik­an orang ramai. Adalah sesuatu yang memalukan jika seseorang yang bergelar kumang itu terbabit dalam aktiviti kurang sihat,” katanya.

Menurutnya, kumang boleh menjadi ikon masyarakat, berikutan itu setiap gadis menerima gelaran itu perlu memiliki pengetahua­n luas, kelayakan akademik yang baik selain paras rupa menawan.

 ??  ?? PROFIL
Roseline Manyi Jonathan Empurau Lahir: 2 Disember 1989 Tinggi: 154 sentimeter Berat: 52 kilogram Pekerjaan: Jururawat Kelulusan: Diploma Kejururawa­tan
PROFIL Roseline Manyi Jonathan Empurau Lahir: 2 Disember 1989 Tinggi: 154 sentimeter Berat: 52 kilogram Pekerjaan: Jururawat Kelulusan: Diploma Kejururawa­tan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia