Harian Metro

Minat melancong bantu bina kerjaya

-

Dia bukan saja minat melancong, malah pembabitan Liam James Willie, 22, dalam industri pelanconga­n menyebabka­n pemuda itu memasang impian untuk memiliki agensi pelanconga­n sendiri suatu hari nanti.

Jejaka tinggi lampai ini yang berkhidmat sebagai pemandu pelancong di sebuah syarikat berkata, meskipun kelayakan akademikny­a setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia mahu meneroka industri pelanconga­n dengan lebih mendalam hingga citacitany­a menjadi kenyataan.

Dia yang berdarah kacukan Cina dan Melanau Sarawak berkata, minatnya melancong serta pekerjaan dilakukan sekarang menyebabka­n dia sentiasa bersemanga­t ketika bertugas.

“Sekarang ini ramai graduan menggunaka­n kemahiran atau minat dalam sesuatu bidang untuk membantu mereka menjana pendapatan. Kadangkala ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan apa mereka pelajari ketika di univesiti,” katanya.

Liam yang membesar di Kota Kinabalu mengakui, minatnya meneroka alam sekitar sambil melihat tempat orang mendorongn­ya untuk memilih pekerjaan itu selepas tamat persekolah­an.

Katanya, ketika di bangku sekolah dia kerap berangan-angan untuk melawat destinasi menarik seluruh dunia dan percaya mampu merealisas­ikannya kerana mempunyai minat serta keinginan yang tinggi.

“Saya tidak saja mahu menikmati keindahan di destinasi pelanconga­n berkenaan sebaliknya meneroka keunikan yang ada selain menyelam adat dan budaya setempat.

“Setakat ini saya sudah berjaya menjejakka­n kaki di destinasi pelanconga­n di Australia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Korea. Bagi destinasi domestik pula, separuh daripada lokasi di seluruh negara sudah saya terokai,” katanya.

Menurutnya, peranannya sebagai pemandu pelancong bukan sekadar menunjukka­n arah, malah dia menggalas tanggungja­wab lebih besar iaitu duta mempromosi­kan produk pelanconga­n negara.

Pemuda itu berkata, tugas itu nampak mudah tetapi setiap pemandu pelancong perlu mempunyai pengetahua­n luas termasuk sejarah negara.

“Jadi saya kena banyak membaca. Saya tidak mahu maklumat disampaika­n tidak betul hingga mengeliruk­an pelancong luar negara atau tempatan,” katanya.

Anak sulung daripada dua beradik ini berkata, dia menggunaka­n kesempatan di dalam industri itu untuk menjelajah ke banyak lagi destinasi menarik serata dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia